Saturday, 25 April 2015
PKR GUNA CALON KITAR SEMULA BUKTI MEREKA KETANDUSAN PEMIMPIN BERKALIBER @RazlanRafii
Seperti sudah dijangka bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan tetap terus mencalonkan Presiden parti itu sendiri merebut dan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.
Calon kitar semula, Datin Seri Wan Azizah Ismail adalah bukan nama asing dalam arena politik tanah air. Nama serta keupayaan beliau lebih dikenali sebagai seorang wanita yang gagal memimpin rakyat.
Jika dilihat pada rekod-rekod lampau beliau sebelum ini, jelas tidak menunjukkan apa-apa pencapaian terbaik terutama di Parlimen Permatang Pauh ini. Setelah memegang jawatan untuk beberapa tahun, kemudian beliau serahkan kerusi Parlimen ini kepada suaminya selepas dibebaskan dari penjara.
Lebih kritikal juga beliau tidak memiliki rekod yang baik apatah lagi cemerlang di DUN Kajang apabila beliau lebih selesa menghilangkan diri ketika rakyat memerlukan bantuannya. Lebih menyakitkan hati pengundinya di DUN ini, setelah memenangi Pilihanraya Kecil (PRK) Kajang hasil percaturan mengarut parti tersebut sebelum ini, tiada satu jasa pun yang dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan rakyat Kajang seperti yang diharapkan.
Masalah banjir tetap juga berulang-ulang kali berlaku jika hujan lebat. Bahkan permasalahan ini berlaku sebelum ADUN Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan. Namun langkah menangani isu ini tidak juga diambil secara proaktif.
Hari ini sekali lagi beliau menawarkan diri untuk menjadi suara rakyat Permatang Pauh. Ini kali kedua beliau bertanding di sini, mungkin atas alasan yang sama.
Namun apa yang pasti, pencalonan ini boleh diibaratkan seolah-olah keluarga Anwar Ibrahim tidak mempercayai mana-mana orang termasuk kalangan ahli serta penyokong mereka sendiri. Tetapi dalam masa yang sama masih menagih sokongan pengundi Permatang Pauh.
Ini adalah realiti yang sukar diterima oleh sebilangan penyokong PKR apabila kepimpinan hanya membuat keputusan berdasarkan keinginan melampiaskan nafsu dengan membolot seberapa banyak jawatan semata-mata tanpa menghiraukan suara akar umbi di peringkat bawahan. Ketidakpuasan hati para penyokong PKR dari seluruh Malaysia terutamanya boleh dilihat menerusi laman sosial hari ini.
Berbeza sekali dengan amalan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang mengutamakan kepentingan kebersamaan dalam menentukan calon terbaik dan membariskan muka baru untuk penduduk di Parlimen 044.
BN kali ini menamakan Anak Muda untuk membawa perubahan, memperjuangkan pembangunan yang sekian lama tertunggak.
Tentu sekali tiada istilah calon kitar semula dalam perjuangan UMNO / BN bagi membawa suara rakyat ke peringkat lebih tinggi.
MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.
Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.