Friday 14 March 2014

Apa Cerita YB Shah Alam, Siling Hotel Concorde Roboh


Siling lobi Hotel Concorde Shah Alam runtuh kira-kira jam 5.30 petang hari ini. Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa yang dilaporkan. Kita tunggu sajalah komen dari pemimpin-pemimpin pembangkang dan juak-juak mereka. Semua ini mesti salah UMNO.



Sebelum ini di dalam ceramah di Kajang yang berkisar tragedi kehilangan pesawat MH370, YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam telah mengandaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak akan meletakkan jawatan kerana kejadian tersebut selain mempersoalkan tindakan pasukan keselamatan Malaysia yang meluaskan jarak pencarian sehingga ke Selat Melaka. Dalam laman sosial Twitter pula, beliau secara sinis meminta Menteri meminta maaf dan letak jawatan.

Di dalam kejadian di Hotel Concorde yang berlaku di dalam kawasan parlimen beliau, YB Khalid Samad kena ambil tanggungjawab, tidak perlu bermadah dan beralasan. Saya tidak perlu mengandaikan YB parlimen saya untuk meletak jawatan. Allah bayar tunai kerana keceluparan YB mempermainkan isu kehilangan pesawat MH370. YB Khalid Samad, sila letak jawatan!






1 comment:

  1. Nak tahu juga hotel tu tahun bila dibina.. minta orang komen secara brkhemah agaknya apa yg di bicarakn diatas ditulis secara berhemah ke?

    ReplyDelete

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.