Sunday 16 March 2014

Lawatan Mengejut Lebih Seronok Berbanding Ikut Protokol #1Malaysia @mpkotabelud #turunpadang


Takda protokol, takda sambutan dan tiada apa-apa pun persiapan dilakukan bagi 'menyambut' kehadiran Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan petang tadi di Pangsapuri Nusa Kurnia.

1st impression yang saya lihat pada riak wajah Jawatankuasa Penduduk Pangsapuri Nusa Kurnia (JPPNK), ternyata mereka sendiri terkejut dengan kehadiran YB Menteri, Dato' Abdul Rahman Dahlan.

Menariknya inilah kali pertama beliau turun padang dalam usaha mendekatkan Kementerian & kerajaan Persekutuan dengan rakyat. Tujuan beliau ini bukanlah untuk mencampuri urusan pentadbiran Joint Management Builiding (JMB) sebaliknya beliau hanya sekadar menjadi pemerhati dan melihat perjalanan mesyuarat ini saja.

Baca lagi di sini & sini.

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.