Thursday 27 March 2014

@Zahid_Hamidi Jangan Sembang Lebihlah. Red Bean Army Apa Cerita? #MH370 #1Malaysia #PrayForMH370 #KeepStrongMAS


Tiba-tiba pula semalam Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi keluarkan kenyataan panas meminta semua media terutama media cetak berbahasa Cina agar berhenti melaporkan berita yang memainkan sentimen membangkitkan kemarahan keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370.

Menurut Zahid, laporan sedemikian akan mempengaruhi perasaan keluarga penumpang pesawat itu terutama dari negara China sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan negara ini.

Beliau juga turut memberi amaran kepada pelayar media sosial agar tidak mengeluarkan spekulasi tidak benar berkenaan pesawat MH370 yang boleh mempengaruhi emosi keluarga penumpang terutamanya.

Ok stop sampai situ.

Ni saya ikhlas nak bertanya. Bila agak-agaknya Red Bean Army nak diambil tindakan? Dah dapat ker details mereka semua tu? Apa keputusan kepada siasatan yang dijalankan?

Persoalan ini bukan saya teringin sangat nak tanya tapi persoalan ini dilontarkan oleh senior / veteran UMNO yang turut terkesan dengan kebiadapan Rean Bean Army yang nyaris membuatkan Barisan Nasional tersungkur pada PRU 13 yang lepas.

Saya ingin minta pada Menteri, jangan asyik nak beri amaran sahaja nanti kelak akan digelar Menteri Amaran. So apa cerita Red Bean Army?

Mereka ini yang sebenarnya telah membuatkan keluarga mangsa di China bertindak keterlaluan dan menyalahkan kerajaan Malaysia akan hal yang berlaku. Sepatutnya Menteri fokus siapakah dalang di sebalik hal yang berlaku beberapa hari lalu apabila keluarga mangsa menyerbu masuk ke dalam dewan sidang media dengan membawa sepanduk. Dari mana mereka dapat sepanduk tersebut?

Dalang tersebut harus dicari dan ditumpaskan terlebih dahulu kerana ia melibatkan maruah negara di mata dunia. Cari Red Bean Army sampai dapat, tutup mulut mereka dan cabut button pada keyboard mereka agar mereka tidak boleh bertindak keterlaluan memburukkan Malaysia dengan merangka beberapa strategi busuk hanya untuk memupuk kebencian kepada negara.

Menteri harus ingat, Malaysia hari ini 'diserang' dari Timur dan Barat. Dengan media barat yang berat sebelah dan dengan tekanan dari keluarga mangsa di sebelah timur.

Menteri perlu tangkap Red Bean Army dulu sebelum SIBUK nak tangkap orang lain. Zahid Hamidi jangan sembang lebih !

1 comment:

  1. memang setuju dengan penulis... bab ni KDN kena belajar dari CIA dan FBI cara mereka menghadapi pengkhianat2 negara mereka... jangan panggil FBI masa kejadian MH370 ajer... RBA ni boleh dikategorikan terrorist dinegara sendiri...

    ReplyDelete

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.