Tuesday 1 April 2014

Lelaki Habiskan RM10.8 Juta Untuk Pelacur Sahaja? #Perghhh


Seorang pekerja bank yang sudah berkahwin dan mencuri lebih 2 juta pound (RM10.8 juta) dari Barclays serta membelanjakannya untuk pelacur dipenjara selama tujuh tahun.

John Skermer, 45, membuka akaun bank palsu dengan overdraf 1 juta pound (RM5.4 juta), sebelum menyalurkan wang terbabit ke dalam akaun peribadinya.

Beliau membelanjakan hampir kesemua wang terbabit untuk melanggan pelacur, malah berhabis sebanyak 1 juta pound untuk seorang pelacur saja.

Lelaki terbabit didakwa menghabiskan masa beberapa bulan bersama wanita Thailand yang dikenali sebagai Kookai, dengan makan angin ke London dari Cheshire dan menginap di hotel mewah serta makan di restoran terkemuka.Sepanjang tempoh itu, isteri Skermer, Tracym 33, yang dikahwininya selama 10 tahun serta mempunyai dua anak tidak mengetahui identiti suaminya itu.

Malah lelaki terbabit membohongi isteri dan keluarganya dengan mengatakan beliau terpaksa bekerja luar untuk membantu polis menyiasat kes penipuan.

Jawatannya sebagai ketua keselamatan teknologi maklumat (IT) membolehkan beliau mencuri sejumlah 2.1 juta pound dari bank tanpa dapat dikesan sepanjang lima tahun. Tetapi penipuan terbabit akhirnya terbongkar apabila kemas kini keselamatan di bank terbabit mengesan akaun palsu.

Ketika beliau diminta menyiasat perkara itu, beliau akhirnya membuat pengakuan. Malah Skermer turut membelanjakan sejumlah wang untuk percutian golf mewah, tiket menyaksikan perlawanan Manchester United dan sebuah kereta pacuan empat roda berharga 35,000 pound (RM190,000).

1 comment:

  1. uan,mohon jasa baik dari pihak tuan untuk pautkan link http://www.utaranews.com di blog tuan..untuk makluman tuan,pihak kami telah pautkan link blog tuan di portal utaranews.com.terima kasih.

    ReplyDelete

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.