Wednesday, 20 July 2011
Apa Yang Kita Dapat
Selaku pemegang kad pengenalan berwarna biru dan tentu sekali admin merupakan rakyat Malaysia berasa malu dengan sikap anak-anak muda yang masih lagi menuntut di luar negara terutama di kota London. Sedih bukan kerana mereka ini kelaparan di bumi asing ataupun tidak mendapat layanan yang baik di sana tetapi sedih melihat tingkah laku yang tidak sepatutnya dilakukan oleh penuntut Malaysia di sana.
Admin nak bertanyalah pada pelajar-pelajar serta pelawak-pelawak yang terlibat dgn BERSIH 2.0 di London, apa yang kamu semua dapat?
Adakah Mat Salleh di sana kagum dgn tindakan kamu semua?
Adakah Mat Salleh yang tidak tahu hujung pangkal pun turut setuju dgn tindakan kamu semua?
Adakah Mat Salleh di sana tidak suka perkara sebegini terjadi?
Apa yang kamu semua dapat bila melakukan demontrasi 'aman' di kota asing selain dari membuat provokasi terhadap lawatan Najib di London?
Admin sebagai anak Malaysia begitu terasa terhina dan malu apabila kamu pelajar-pelajar di sana melakukan perkara yang dianggap BODOH oleh 3/4 rakyat Malaysia. Kamu sendiri telah mengetahui Malaysia mengamalkan dasar demokrasi, setiap persoalan dan permasalahan serta ketidakpuashatian rakyat boleh diutarakan dgn saluran yang telah disediakan oleh kerajaan.
Mengapa tidak menggunakan saluran yang telah disediakan? Sungguh malu apabila teknologi dan perkhidmatan yang telah disediakan tetapi tidak digunakan serta dimanfaatkan sebaiknya oleh golongan 'terpelajar' spt kamu semua di sana.
Admin berharap perkara ini tidak berulang lagi pada masa akan datang. Walaubagaimanapun, admin telah membuat laporan terhadap JPA utk menyiasat jika ada pelajar-pelajar yang terlibat dalam demontrasi di London (gambar kelihatan dlm surat khabar, youtube dan lain-lain media) agar dikenakan tindakan spt membatalkan tajaan pelajaran terhadap mereka atau di'blacklist' terus nama dari dimasukkan berkhidmat dalam jabatan kerajaan.
Terima kasih kepada Datuk Anifah Aman atas tindakan luar jangkaan dan macho terhadap pendemo yang kelihatan dungu seperti di dalam video di atas. Tahniah Datuk !!
BN Bagus
Dulu, Kini, Selamanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
macam bangang semuanya yg terjebak kat london tuhhh bodoh nak mampus!
ReplyDelete