Sunday, 24 July 2011

Majlis Peguam mahu tindakan terhadap DAP!

Majlis Peguam telah memberikan kenyataan terhadap keputusan Suruhanjaya Di Raja terhadap kes TBH.

Sudah di jangkakan mereka akan membantah tanpa ada rasa bersalah dan hormat kepada Raja.Mereka mempertikaikan keputusan SuruhandiRaja...

"Majlis Peguam hari ini menolak keputusan Suruhanjaya Diraja yang mendapati pembantu politik DAP Teoh Beng Hock membunuh diri.

Sehubungan dengan itu, presidennya Lim Chee Wee berkata kerajaan dan Suruhaanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM) mesti memohon maaf kepada keluarga Teoh dan memberi pampasan sewajarnya atas kehilangan mereka itu.
"Majlis Peguam meminta kerajaan Malaysia dan SPRM untuk mempertimbangkan bagi memberi permohonan maaf bertulis kepada keluarga Teoh Beng Hock dan rakyat Malaysia, berhubung kematian itu,” katanya.
Katanya, pihak berkuasa juga wajar menyiasat pegawai SPRM yang dinamakan dalam laporan itu sama ada terdapat kemungkinan mereka melanggar Seksyen 304 dan 304A Kanun Keseksaan, iaitu membunuh tanpa niat dan menyebabkan Teoh mati akibat kecuaian mereka.

"Adalah jelas bagi Majlis Peguam bahawa tanggungjawab sepenuhnya kematian Teoh Beng Hock terletak di pihak SPRM dan tindakan segera mesti diambil ke atas pegawainya yang perlu bertanggungjawab ke atas kelakuan mereka,” kata Lim." - Malaysiakini

Seperti biasa ... Malaysiakini akan membawa propaganda buruk dengan niat untuk memburukan kerajaan ...
Sekiranya mereka benar-benar mahukan keadilan, DAP yang menjadi punca kepada kematian TBH seharusnya dipersalahkan .. ini adalah kerana TBH megambil RASUAH adalah kerana DAP .. demi parti DAP dan demi pemimpin DAP..

Asas kematian TBH adalah disebabkan DAP halalkan RASUAH dikalangan wakil rakyat mereka. Mereka tidak pernak menggunakan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan untuk membantu Rakyat tetapi menggunakan Dana itu untuk kepentingan mereka dan keluarga mereka.

DAP yang bersalah !

petikan dari razlans.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.