Selepas kekecohan di ibu negara pada 9 Julai lalu, penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) masih gagal mengawal emosi termasuk sewaktu menghadiri diskusi ilmiah mengenai hala tuju gabungan berkenaan pada Selasa.
Selain mencetuskan suasana bising hingga menggangu kelancaran majlis, terdapat juga sebahagian penyokong kumpulan berkenan hampir bertindak kasar kepada salah seorang penonton apabila mengemukakan soalan yang tidak disenangi mereka.
Kekecohan yang berlarutan hampir sepuluh minit itu terpaksa diredakan oleh moderator wacana anjuran akhbar Sinar Harian tersebut, Wan Saiful Wan Jan dengan dibantu oleh petugas unit keselamatan penganjur.
Ketegangan berkenaan berlaku pada sesi soal jawab bersama penonton apabila seorang peguam, Kamaruddin Ahmad mengemukakan soalan kepada Pengerusi Bersih, Datuk S.Ambiga.
Beliau yang mahu mendapatkan penjelasan bekas Presiden Majlis Peguam itu sama ada Bersih mahu meneruskan beberapa siri perhimpunan haram lain yang menurutnya tidak mengikut undang-undang dan mencabul Perlembagaan Persekutuan akhirnya di ‘boo’ oleh majoriti penyokong Bersih yang hadir.
Bukan sahaja dikecam kerana mengemukakan soalan sedemikian, malah beberapa penonton yang hadir bangun dari tempat masing-masing dan menyerbu ke arah Kamaruddin.
Bagaimanapun tiada insiden tidak diingini berlaku apabila unit keselamatan penganjur bertindak pantas meleraikan ketegangan.
Bukan itu sahaja, Wan Saiful yang juga Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS), turut beberapa kali menegur penonton yang hadir agar bertindak profesional serta menghormati majlis ilmu berkenaan.
Teguran berkenaan dibuat selepas penyokong Bersih secara kerap ‘mengganggu’ Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengemukakan pandangan.
“Saya hampir kecewa dengan gelagat saudara sekalian, tolong hormati majlis ilmu ini…kalau anda berterusan membuat bising, kita terpaksa hentikan perbincangan hari ini,” katanya.
Selain itu, Wan Ahmad ketika menjawab soalan turut melahirkan kekecewaan apabila penonton yang hadir tidak terbuka menerima pandangan yang dikemukakan.
Menurutnya sikap berkenaan mencerminkan bahawa penyokong Bersih yang hadir itu sememangnya tidak berminat mendengar pandangan yang bertentangan dengan pendirian mereka melainkan jika berpihak kepada matlamat Bersih.
“Anda tidak terbuka mendengar penjelasan, saya sendiri sanggup hadir kerana mahu berhadapan dengan Bersih…saya ingin beri penjelasan tentang lapan tuntutan Bersih.
“Tapi tindakan anda tidak mencerminkan kematangan terutamanya ketika menghadiri majlis ilmu,” katanya.
Tolak BERSIH!!!

puak pembangkang Malaysia ni memang tak bertamadun langsung
ReplyDeleteJika diukur dari segi kematangan politik, BN lah yang terbaik dari semua sudut. Tetapi masih ada kelemahan yang boleh dibaiki dan ditambahbaik.
ReplyDeleteJika diukur dari segi kebangangan, PR lah yang terbaik. Kerana mereka tidak pernah membantu kerajaan dalam apa jua situasi untuk kebaikan negara.