Saturday, 29 September 2012

Malam Seni Mencintai Nabi Muhammad SAW #respect

Sebentar tadi telah berlangsung Majlis Malam Seni Mencintai Nabi Muhammad SAW anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Yayasan Al Qayyim.

Program ini diadakan di MATIC, Jalan Ampang. Antara tetamu yang hadir ialah YB Khairy Jamaluddin, YB Datuk Razali Ibrahim, YBhg Datuk Jamil Khir, YBhg Ustaz Asri.

Malam Cintai Rasul ini turut mendapat kerjasama daripada barisan artis-artis ternama tanahair antaranya Erma Fatima, Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Ramli Sarip dan beberapa penggiat seni lagi.

YB Khairy Jamaluddin dan YB Razali Ibrahim telah turut sama mendeklamasikan sajak di program tersebut. Pengacara program tersebut Ahmad Fedtri Yahya daripada TV3 dan Selebriti Terkenal, Wardina Safiyyah.

Semoga cinta kita terhadap Rasullullah SAW tidak setakat malam ini sahaja tetapi kekal abadi selamanya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, 28 September 2012

Masyallah #BajetRakyat BR1M 2.O

Sudah pasti Anwar dan kuncu-kuncunya stress apabila mendengar Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak umumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) round kedua.

Setiap ketua isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dan anak bujang berumur 21 tahun ke atas berhak menerima BR1M ini.

Perghhhhh..

@mediaumno : DONG ZONG, APA LAGI YANG ANDA MAHU?


Semalam pihak Dong Zong telah berjumpa DS Nazri Aziz di Parlimen. Ketika perjumpaan tersebut pihak Dong Zong telah menyerahkan memorandum tuntutan baru persatuan Cina ini kepada kerajaan. Antara tuntutan Dong Zong adalah untuk mendesak kerajaan meluluskan sekolah menengah Cina swasta cawangan Segamat. 

Sebelum itu, kerajaan telah mendengar permohonan Dong Zong dan telah meluluskan pembinaan sekolah menengah Cina swasta dan sekolah Menengah Chong Hwa di Kuantan Pahang. Nampak gaya Dong Zong ni selepas satu kerajaan luluskan, makin banyak pula permintaan mereka. Tetapi its ok, bagi saya kerajaan harus mendengar masalah rakyat dan DS Najib telah buktikan sesungguhnya kerajaan memang prihatin dengan masalah masyarakat orang Cina. 

Tetapi yang sedihnya, masyarakat Cina hari ini masih belum kembali memilih kerajaan Barisan Nasional. Reason mengapa ini terjadi saya pasti ramai rakan - rakan melayu sini tahu mengapa, cuma untuk bercerita secara terbuka mungkin kita berasa kurang selesa dan takut dilabel sebagai "racist". 

Hakikatnya, kos yang dikeluarkan kerajaan bukan sedikit untuk sekolah Cina Sejumlah RM1 8 bilion diperuntukkan kerajaan Pusat setiap tahun untuk membayar gaji guru-guru dan operasi mengurus di SJKC seluruh negara.

Dalam Bajet 2012 sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memperuntukkan tambahan RM100 juta khas untuk penyelenggaraan SJKC dan pembinaan SJKC baru Ketika ini terdapat 1 294 buah SJKC di seluruh negara termasuklah sekolah SJKC baru dibina.

Thursday, 27 September 2012

#respect Islam : Si Penghina Islam Owner Old Town?


Mungkin ramai lagi kalangan rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam tidak menyedari bahawa restoran kopitiam yang menggunakan nama Old Town White Coffee sebenarnya dimiliki oleh manusia durjana yang menghina Islam ketika kemarahan umat Islam sedang memuncak di kala timbulnya video di dalam web Youtube iaitu Innocence of Muslims.

Ini perkara yang perlu disebar luaskan oleh setiap lapisan umat Islam di negara Malaysia ini khususnya. Jangan pentingkan soal makan ataupun tak hebatlah tak lepak kat Old Town. Persetankan semua itu.

Ini soal individu yang kurang ajar mempersendakan umat Islam dan tidak reti respect kepada agama lain. Malaysia sudah 55 tahun mencapai kemerdekaan dan rakyat hidup harmoni serta tiada masalah antara kaum. Tetapi makhluk biadap ini cuba mencetuskan suasana kurang enak di kalangan rakyat yang berbilang kaum di sini.

Semalam, si Pengerusi DAP Perak ni sengaja menimbulkan spekulasi yang kurang enak berhubung isu halal di Malaysia. Lihat di bawah, pendebatan antara Saudara Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda PJU, Armand dan Ngeh Koo Ham biadap.




Apa punya baghal pemimpin yang dimiliki oleh DAP ni. Langsung takda sense untuk menjaga sensitiviti umat Islam. Soal hukum halal dan haram bukan saja di Malaysia tetapi seluruh dunia mengambil serius akan soal ini.

Dunia juga hari ini turut mengakui bahawa produk makanan halal sudah menjadi trending bisnes dunia untuk mendapat tempat di kalangan umat Islam bahkan bangsa lain di seluruh dunia mengakui produk halal terbukti bersih dan mengikuti segala piawaian yang ditetapkan.

Malaysia juga merupakan antara negara yang terpenting di dunia, di mana kebanyakkan produk-produk makanan dari seluruh dunia menggunakan perkhidmatan agensi kerajaan Malaysia untuk mengesahkan status halal tersebut.

Baca lagi di sini.

Tuesday, 25 September 2012

Pengikut Anwar Masuk Dewan Negeri Perak



Beberapa individu yang tak pernah malu dikenali pengikut Anwar Ibrahim/Fauziah Toron yang cuba mengganggu perjalanan Sidang DUN Perak ke-12 dengan beberapa dokumen termasuk buku akujanji untuk ditandatangani oleh beberapa Adun pembangkang.

Empat individu itu hadir dikatakan cuba menarik perhatian media dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam siu projek Lynas .

Difahamkan, kumpulan itu ingin mendesak semua wakil rakyat baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang supaya menurunkan tandatangan bagi membantah projek itu yang telah mendapat kebenaran kerajaan untuk beroperasi, baru-baru ini.

Pengurusan sidang DUN terpaksa mengambil tindakan menghalau mereka kerana melanggar peraturan apabila mengadakan sidang media di luar dewan.

Kedegilan pihak pembangkang semakin terserlah sehingga sanggup membawa masuk individu membuat kacau dalam persidangan yang sedang berlangsung atas isu-isu kononnya mereka membela rakyat.

Pembangkang nampaknya menggunakan alasan membela nasib rakyat sedangkan hasrat utama mereka ialah untuk merampas semula kuasa sebagai kerajaan negeri dengan apa cara sekalipun.

Seperti Ada Sesuatu Tak Kena Pada Report @PDRMsia Edikoup #PRKampus

Admin melihat report Polis pertama yang dibuat oleh Pengerusi Mahasiswa Pembangkang, Edikoup semalam sebagai salah satu cara untuk buatkan keadaan pilihanraya kampus Universiti Malaya menjadi sedikit kacau.

Berikut laporan Polis yang dibuat semalam.


Dakwaan Edikoup semalam diugut di hadapan rumahnya sambil diperhatikan rakan-rakannya kelihatan normal tetapi persoalan yang tidak masuk akal nya pula ialah tiada sorang pun di kalangan rakan-rakan rumah Edikoup mengingati siapa yang datang ugut dan apakah nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan.

Seterusnya, awal pagi tadi sekitar waktu yang sama juga. Edikoup dikatakan dibelasah oleh 5 orang lelaki pula.


Admin cuba relate kan kedua-dua kenyataan daripada Edikoup sebelum ini. 

Jika admin semalam diugut oleh sekumpulan orang yang tak dikenali pastinya hari ini Admin akan meminta rakan-rakan Admin untuk menenami Admin ke mana saja pergi untuk tujuan keselamatan kerana memandangkan Admin merupakan Pengerusi Mahasiswa (Pro M).

Namun kejadian malam tadi agak sedikit pelik kerana bukankah sebagai Pengerusi Mahasiswa, Edikoup akan berkampung di dalam kampus dan berkempen sehabis-habisnya bagi memastikan kemenangan parti nya. Tapi mengapa pula Edikoup keluar kampus bersendirian.
Edikoup pergi lepak berseorangan di club area Bangsar ker atau sebenarnya Edikoup keluar berjumpa dengan kekasih gelapnya?

Suddenly katanya, dia telah dipukul semasa on da way pulang ke mana entah. Aikkk macam pelik lah plak kan, Buat report semalam dan tepat dalam tempoh 24 jam, Edikoup dibelasah pula.

Adakah ia ada bersangkut paut dengan poster di bawah ini?

Pengerusi Mahasiswa Takda 'escort' Berjalan Keluar Malam #PRKampus #UM, Pelik

 

Kenyataan yang dikeluarkan dalam Facebook tentang dakwaan EdikoupLakip Sediyanto (Pengerusi Mahasiswa Pembangkang di UM) yang kononnya dipukul pada malam 24 September 2012.

Kenyataan dalam Facebook hanya keluar pada jam 9.30 pagi pada 25 September 2012. Mengapa terlalu lambat membuat kenyataan?

Berdasarkan dakwaan tersebut, maka ditulislah dalam Malaysiakini dan diwar warkan dalam media yang pro mereka bahawa pemimpin mereka telah dipukul.



Sebelum itu, satu laporan polis sudah dibuat oleh Edikoup pada jam 4.32 pagi pada 24 September 2012. Kononnya, ada tiga orang lelaki naik kereta Proton Wira berwarna merah dan datang ke rumah. Ada beberapa keraguan yang boleh dipersoalkan :


1) Amat tidak masuk akal tiga orang lelaki yang datang ke rumah Edikoup itu gagal dikenalpasti identitinya. Ini kerana, apa yang dilakukan oleh kawan-kawan Edikop yang lain? Mereka bukan kawan-kawan biasa, mereka adalah jentera kepada Pro M di UM. Rumah yang didatangi pun bukan rumah biasa, ianya biasanya adalah rumah operasi mereka.


Dengan latihan yang diberikan oleh pakatan pembangkang kepada mereka seperti yang diakui oleh Khalid Ismath dalam Twitternya, mustahil tiada seorang pun daripada mereka yang tidak memiliki kamera atau video.

Kesnya sama macam kes kepala babi dilempar di Surau Akademi Pengajian Islam, tiada seorang pun perasan orang yang masuk melalui pintu belakang untuk meletakkan kepala khinzir dalam surau, sedangkan mereka tidur beramai ramai dalam surau tersebut (baca sini).

2) Kalau pun tiada kamera dan video, jentera Pro M yang bersama dengan Edikop dalam rumah tersebut adalah ramai. Jika melihat sesuatu kenderaan yang dicurigai, penglihatan yang pertama akan fokus kepada plat kenderaaan terlebih dahulu sebelum melihat warna kenderaaan. 


3) Amat pelik, Malaysiakini hanya siarkan gambar Edikoup dari luar sahaja dengan muka menutup hidung, tanpa gambar kesan Edikoup dipukul dengan begitu teruk.

"Setelah itu, turun seorang yang berbadan besar menghayun topi keledar ke badan saya sehingga saya terjatuh dari motosikal.

"Setelah itu, mereka memukul saya, menghentak kepala saya dengan topi keledar sehinggalah saya dipukul, ditumbuk, diterajang di perut dan sebagainya. ini yang ditulis dalam Malaysiakini tentang keadaan Edikop dipukul (baca sini).

Kalau sudah dipukul dengan topi keledar dan sebegitu teruk sekali kejadiannya, mengapa tidak difokus gambar kesan lebam tersebut? Kenapa gambar tutup hidung sahaja?

Sama seperti Safwan Anang berlakon pada malam 1 Januari 2012, tiada laporan perubatan dikemukan sampailah ke hari ini (baca sini). Mengapa laporan perubatan yang sama tidak dikeluarkan untuk kes Edikop?

4) Lumrahnya, pada malam pilihan raya kampus, seorang ketua jentera tidak akan berjalan sendirian setelah menerima ugutan dan diganggu oleh orang lain. Bagi tujuan kempen dan keselamatan, dakwaan Edikoup beliau bersendirian sewaktu kejadian adalah amat diragui.

5) Mengapa waktu ugut dan waktu dipukul adalah malam-malam terakhir sebelum pilihan raya kampus diadakan? Mengapa cerita ini perlu diadakan? Simpati?

6) Tanpa diketahui siapa pemukul dan motif si pemukul, persepsi yang cuba dibina dalam minda mahasiswa dan rakyat adalah yang memukulnya dalah pihak lawan iaitu kumpulan Penggerak di Universiti Malaya.

Taktik ini sama seninya seperti kes culik Masturah pada pilihan raya kampus yang lepas di UM. Apa motif penculik dan tidak sedar siapa penculik, kemudian yang cuba dituduh adalah pihak lawan mereka.


7) Taktik yang sama cuba digunakan di UKM. Dakwaan dibuat di lobi parlimen pada 24 September 2012. Kononnya ada panggilan telefon untuk membunuh dan sebagainya. Tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya kampus sebegitu ekstrems sekali hendak kuasa hingga bunuh membunuh. Yang pernah berlaku adalah usung keranda, pecah pintu dan kepung pejabat HEP.


Berkerusi roda? Sama macam Mohd Sabu, Anwar Ibrahim dan Safwan Anang. Taktik yang sama untuk raih simpati?

Selepas ini sudah tentu Edikoup akan berkerusi roda dan melawat tempat tempat mengundi di UM.

Apakah taktik ini sengaja dibuat untuk mewujudkan kepercayaan awal sebelum peristiwa Edikop dipukul beri liputan meluas oleh Malaysiakini? Usah terperangkap dengan main gerak saraf reverse psychology yang cuba dibuat oleh mahasiswa pembangkang ini.

Mereka meniru aksi baling cat merah ke bas, ugutan kononnya Anwar Ibrahim hendak dibunuh ketika Saiful Bukhari melaporkan kes liwat dan strategi mencederakan diri sendiri yang pernah dilakukan Mohd Sabu dalam BERSIH 2.

Berhati hati dengan taktik mereka. Kekalkan bersama Aspirasi Mahasiswa. Ini barulah ugutan bunuh yang sebenar (baca sini). Siapa mereka? Anda nilaikanlah sendiri.

Sumber : Angin Perubahan

Thursday, 20 September 2012

Hasrat Sama, Niat Sama - @khairykj #respect


ESOK jangan lupa Demontrasi Aman Bantah Filem Innocence of Muslims di Masjid Jamek Kg Baru selepas solat Jumaat.



Atas Faktor Keselamatan & Logistik, Himpun Berasingan - @Khairykj


Pemuda Umno membuat keputusan tidak bergabung dengan Pemuda Pas dalam himpunan aman esok bagi membantah penayangan filem "Innocence of Muslim" atas faktor keselamatan.

Keputusan dibuat secara bersama selepas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan berbincang, semalam.

Menurut Khairy, keputusan ini dibuat secara bersama selepas beliau dan Nasrudin berbincang dengan lebih mendalam kemungkinan yang bakal terjadi jika mereka bergabung dalam himpunan aman esok.

"Pada mulanya, memang Pemuda Umno berhasrat untuk bergabung dengan pemuda Pas dan kami terbuka untuk bergabung.

"Tetapi selepas berbincang dan memikirkan faktor keselamatan dan logistik, kami buat keputusan yang himpunan aman dibuat secara berasingan," katanya ditemui dalam sidang media, hari ini.

Himpunan secara aman oleh Pemuda Umno akan diadakan di pekarangan Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat.

Pemuda Pas pula akan berhimpun di Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak.

Sebanyak 13 pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik akan menyertai himpunan aman ini seperti Pemuda dan Puteri Umno, parti MIC dan MCA, Belia 4B, Perkasa, Pekida, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan India Muslim.

Khairy turut menjangkakan seramai 5,000 penyokong akan berhimpun secara aman.

Menurut Khairy, keputusan ini dibuat secara bersama selepas beliau dan Nasrudin berbincang dengan lebih mendalam kemungkinan yang bakal terjadi jika mereka bergabung dalam himpunan aman esok.

"Pada mulanya, memang Pemuda Umno berhasrat untuk bergabung dengan Pemuda Pas dan kami terbuka untuk bergabung.

"Tetapi selepas berbincang dan memikirkan faktor keselamatan dan logistik, kami buat keputusan yang himpunan aman dibuat secara berasingan," katanya pada sidang media, hari ini.

Sebelum ini, Pemuda Umno dan Pemuda Pas sudah menyatakan kesediaan untuk berhimpun esok, namun atas beberapa sebab, kedua sayap parti ini kelihatan bermain 'tarik tali' untuk bersama menyatakan bantahan terhadap filem Innocence of Muslims yang menghina Rasulullah SAW dan Islam.

Tambah Khairy, Pemuda Umno dan Pemuda Pas mengamalkan solidariti iaitu mereka saling menyokong antara satu sama lain bagi mengadakan himpunan secara aman demi mempertahankan agama Islam.

"Kami Pemuda Umno amat marah dengan tindakan Amerika Syarikat (AS) yang sewenang-wenangnya menayangkan filem ini dan juga kartun yang mempersendakan Nabi Muhammad SAW semalam," katanya.

Sementara protes berhubung filem Innocense of Muslims masuk minggu kedua, sebuah majalah satira Perancis, Charlie Hebdo pula menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW sehingga membawa kepada kritikan pihak berkuasa negara itu dan menambah kemarahan umat Islam.

"Bukan tidak mahu bergabung, tetapi kami cukup risau jika bergabung, penyokong kedua-dua parti akan bertindak di luar kawalan. Ini yang kami cukup risaukan," tambah beliau.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, isu parti atau soal tidak puas hati juga tidak timbul kerana keputusan untuk tidak bergabung ini dibuat selepas perbincangan bersama.

"Himpunan diadakan bersama-sama dengan penyokong yang berlainan agama bagi menunjukkan protes dan tanda sokongan kami yang setiap agama perlu dihormati," katanya.

Mengapa Pro-M Digelar Pro Pembangkang



1) Pro M memang didalangi oleh parti politik luar seperti DAP, PKR dan PAS. Buktinya dalam banyak kempen dan demo yang diadakan oleh parti parti pembangkang tersebut, maka anggota Pro M akan turut serta. Contohnya dalam demonstrasi BERSIH 3 dan demo PTPTN.

2) Sikap Pro M bukanlah mencerminkan wajah mahasiswa yang sebenar. Mereka tidak layak menggunakan nama mahasiswa dan mendakwa mereka mewakili mahasiswa kerana perbuatan dan tingkah laku mereka. Pro M telah mengusung mayat dalam pilihan raya kampus pada Januari 2011 di UM (dalam gambar atas), kononnya demokrasi sudah mati di kampus.

3) Hakikatnya, bila demokrasi itu telah memenangkan pihak mereka dalam Majlis Perwakilan Pelajar di UM, UIA dan UKM, apakah sumbangan yang telah diberikan oleh mereka kepada pengundi dan mahasiswa? Tiada program atau impak yang besar dipulangkan balik kepada mahasiswa melainkan hanya demonstrasi dan bantahan politik semata-mata. Mahasiswa dapat baucer buku pun mereka pertikaikan dan memfitnah pula pihak yang memberinya (baca sini).

4) Majoriti anggota dan kepimpinan Pro M adalah kalangan pelajar yang gagal dan menghadapi masalah dalam akademik. Lihat sahaja kepada Shazni Munir, seorang pelajar UM yang dibuang daripada universiti kerana gagal belajar. Begitu juga dengan Tan Tiong Yih dan Yeong Lee Kee yang digantung semester dan didenda RM200 kerana menipu sijil cuti sakit bagi mengelak mereka menghadiri kursus persiapan calon pemilihan majlis perwakilan pelajar di Universiti Malaya pada Januari 2011. Penipu layak dianggap sebagai mewakili mahasiswa?



Mula mula dahulu turunkan gambar Dato Seri Najib di PWTC, kemudian arak gambar Dato Seri dengan cara ritual agama lain di Dataran Merdeka dan kini ada yang tunjuk punggung pada gambar Dato Seri Najib. Apakah ajaran ini bermula dari mereka yang di atas?

5) Mahasiswa perlu rasional dalam memilih kepimpinan kampus, apakah mahasiswa ingin memilih calon calon mahasiswa Pro M (pro pembangkang) yang melakukan sikap sikap sebegini :

5.1) Tidur di atas jalan pada jam 2 pagi untuk serah memorandum.

5.2) Panjat pagar universiti semata-mata untuk serah memorandum.

5.3) Rempuh secara ganas cermin kaca klinik untuk mendapatkan ubat.

5.4) Lelaki dan perempuan tidur dalam satu khemah di Dataran Merdeka untuk tuntut hapus PTPTN.

5.5) Rempuh pintu pejabat HEP di UPM dan UM hingga pecah dan mencederakan dua orang pegawal keselamatan.

5.6) Membuat ritual yang bertentangan dengan agama terhadap gambar Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi dalam demo mansuh PTPTN.

5.7) Menggelarkan polis sebagai "anjing" dalam Twitter (baca sini) serta ugut bunuh polis (baca sini).

5.8) Menghina Sultan Johor dalam Twitter (baca sini).

5.9) Bersikap tidak peduli bila Jalur Gemilang dihina dan cuba digantikan dengan bendera republik yang baru (baca sini).

5.10) Berlakon cedera dan hampir hampir mati untuk menarik simpati daripada rakyat. Kemudian mengajak rakyat menuduh pihak lain sebagai jahat (baca sini).

Sumber : Angin Perubahan

Wednesday, 19 September 2012

Briyani FREE Untuk LGBT Sahaja

Akhbar The Star semalam menyiarkan laporan mengenai sebuah restoran di Bangsar Utama, Fiercer Curry House telah menawarkan hidangan briyani percuma kepada 15 lelaki pertama yang mengunjungi mereka dengan memakai baju berkolar V dan beg tangan lelaki.

Tawaran itu adalah bersempena memperolok garis panduan mengenai bagaimana untuk mengesan golongan pelajar yang terlibat atau terpengaruh dengan budaya gay atau lesbian yang didakwa dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran. Antaranya, ialah berpakaian ketat, berkolar-V, warna cerah dan lembut bagi gay dan tidak berminat dengan lelaki, sebaliknya gemar menghabiskan masa dengan seorang rakan wanita sahaja tanpa ditemani rakan-rakan lain, bagi lesbian.




Amatlah malang apabila garis panduan yang dikeluarkan dengan niat yang murni ini telah dipersoal bukan sahaja oleh media barat seperti Huffington Post dalam ruangan Huffpost Gay Voices, tetapi juga dipermainkan oleh rakyat Malaysia sendiri. Pastinya, yang mempermainkannya adalah mereka-mereka yang langsung tidak kisah jika anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti sebegini.

Antara yang menikmati briyani percuma ini ialah Alfred Loh iaitu seorang artis yang juga dikatakan terlibat dalam produksi teater untuk program Seksualiti Merdeka. Beliau menafikan beliau mewakili golongan LGBT tetapi hanya menyatakan rasa sinisnya terhadap garispanduan tersebut kerana fesyen tidak sepatutnya dihadkan kepada sesiapa.

Mengulas mengenai tawaran ini, pengasas Seksualiti Merdeka Pang Khee Teik, telah menyatakan kegembiraan atas reaksi umum yang didakwanya ‘mentertawakan’ garispanduan tersebut. Pang semestinya tidak berpijak di bumi nyata dan melihat takrif ‘umum’ hanya di kalangan rakan-rakannya sahaja. Ini kerana soal LGBT sememangnya menjadi kerisauan yang besar bagi ibubapa di Malaysia dari semua lapisan kaum dan agama. Jika benar kerajaan ada mengeluarkan garispanduan sedemikian, ia menunjukkan yang kerajaan amat prihatin dengan sentimen majoriti rakyat dan rakyat amat menghargainya.

Hakikatnya, ibubapa di Malaysia amat risau melihat golongan LGBT semakin berani menonjolkan diri mereka kepada umum dengan bangga dan megah pula.

Fenomena ini sebenarnya wajar dipertanggungjawabkan ke atas bahu pemimpin-pemimpin yang diangkat oleh Pakatan Rakyat sebagai tokoh atau wira, kononnya yang berjuang untuk hak asasi rakyat Malaysia, sedangkan yang diperjuangkan sebenarnya adalah hak LGBT.

Antaranya ialah tidak lain tidak bukan, peneraju BERSIH, Ambiga Sreenavesan yang menjadi antara ‘orang kuat’ dalam program Seksualiti Merdeka yang mempromosi gaya hidup LGBT. Program tersebut turut mendapat sokongan Suaram di mana jurucakap Suaram, E.Nalini telah mengecam tindakan kerajaan yang mengharamkan program tersebut pada tahun 2011.

Selain itu, perlu diingatkan bahawa antara penganjur program ini juga adalah Majlis Peguam.

Soalnya, apakah persamaan antara Ambiga, Suaram dan Majlis Peguam dalam konteks politik di Malaysia?

Ya, mereka semuanya punya kaitan dengan Pakatan Rakyat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Gerak langkah mereka sentiasa selari dengan PR dalam usaha untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Dan soalan seterusnya, kenapakah pejuang-pejuang LGBT ini begitu ‘intim’ dengan PR dan menentang kerajaan?


Tentu sekali kerana PR menjanjikan hak kepada LGBT jika mereka memerintah negara ini. Malah, kecenderungan PR untuk memberikan hak kepada golongan ini telah terbukti dalam kenyataan Anwar yang menjadi kontroversi tidak lama dahulu iaitu bahawa ‘undang-undang ke atas homoseksual adalah lapuk dan perlu dikaji semula’.

Sebenarnya, bagi Anwar atau PKR menyokong LGBT bukan sesuatu yang menghairankan, malah telah dijangka. Bagi DAP pula, mereka dilihat mengambil pendirian ‘terbuka’ kepada idea-idea barat asalkan jangan ‘hudud atau Negara Islam’.

Memandangkan PAS terus berdegil ingin sehidup semati dengan PKR dan DAP, maka tidak salah jika kita katakan bahawa PAS juga terbuka dengan idea memberikan hak kepada golongan LGBT ini. Malah, PAS sendiri yang menjulang Ambiga sebagai Wira dan sanggup duduk di belakang beliau berarak, berdemonstrasi untuk memburukkan kerajaan dan mengsabotaj imej negara.

Tidak mungkin PAS langsung tidak menyedari bahawa Ambiga melakukan apa yang dilakukannya iaitu memburukkan kerajaan dan mengsabotaj negara demi memastikan PR memerintah agar hak LGBT diiktiraf.

Nampaknya, perjuangan Pang Khee Teik, Ambiga, SUARAM, Majlis Peguam dan juga PR termasuk PAS, iaitu untuk membuka mata masyarakat agar menerima golongan LGBT sudah menunjukkan sedikit kejayaan. Kerana itulah, hari ini, kita lihat ada restoran yang sanggup membela mereka secara terbuka dan mendapat sambutan ramai pula.

Untuk itu, perlukah kita mengucapkan tahniah kepada PR? Dan perlukah kita mengucapkan tahniah juga kepada PAS kerana membantu menjayakan agenda syaitan ini?

Justeru, ke manakah arah Malaysia jika diperintah oleh PR? Pastinya ke neraka - dunia dan juga akhirat.

@ngehkooham & DAP Anti Islam !


Tuesday, 11 September 2012

Tembak Orang UMNO Hari Ini Untuk Hapuskan Pembangkang Masa Depan? #bn4wp

Tidak hairan kenapa penyokong-penyokong PR samseng-samseng belaka. Jelas bahawa budaya samseng memang sengaja diterapkan oleh mereka sehingga Anwar sanggup membiarkan pengawal peribadinya menghalakan pistol kepada rakyat yang tidak bersenjata.

Bukannya Anwar sedang menghadapi bahaya akan dicederakan atau dibunuh tetapi hanya di'ganggu' secara verbal sahaja, itu pun dari jauh. Tetapi, nampaknya Anwar benar-benar seorang pengecut sehingga tidak dapat menahan walaupun gangguan 'verbal' dan memaksa pengawal peribadinya mengugut untuk menembak rakyat dengan pistol.

Ironi sekali seorang pejuang demokrasi yang warak dan terbuka tidak dapat bersikap tenang bila dicabar atau diejek. Sedangkan di masa yang sama Anwar mengajar penyokongnya berbuat yang sama iaitu mencabar dan mengejek pihak berkuasa, pemimpin kerajaan dan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengannya.

Pun begitu, tidak sekali pun Dato' Seri Najib atau mana-mana pemimpin kerajaan pernah mengugut untuk menembak penyokong Anwar kerana sering mengejek mereka walaupun pemimpin kerajaan mempunyai segala akses kepada pasukan bersenjata.

Melihat tindakan pengawal peribadi Anwar, kita menjadi gerun membayangkan jika Anwar benar-benar menjadi Perdana Menteri. Jika baru diejek sudah diugut akan ditembak, apatah lagi jika dikritik dengan berfakta dan lantang? Tidak mustahil Anwar sanggup 'menghapuskan' sesiapa sahaja yang berani mengkritiknya ketika itu.

Anwar telah secara langsung memperlihatkan sikap dwistandardnya jika beliau menjadi Perdana Menteri di mana rakyat yang tidak menyokongnya tidak akan dibela malah akan dilayan dengan samseng dan kejam. Berbeza dengan kerajaan BN yang melayan semua rakyat sama rata termasuk penyokong PR.

Sebagai manusia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk berkuasa, Anwar tentu sanggup melakukan lebih lagi untuk mengekalkan kuasa. Apatah lagi dengan kuasa yang ada, beliau mampu mengawal segala-galanya.

Namun begitu, apa yang menjadi buah mulut rakyat sekarang ialah bukan sahaja mengenai tindakan pengawal peribadinya yang samseng tidak bertempat, tetapi juga mengenai hak, kemampuan dan motif Anwar untuk mempunyai pengawal peribadi yang sebegitu ramai.

Anwar, diketahui bebas ke mana sahaja di dalam Malaysia dan serata dunia, malah mahkamah juga telah melepaskannya walaupun bukti begitu kukuh untuk mensabitkannya.

Oleh itu, walaupun Anwar cuba membayangkan yang beliau diancam tetapi tiada siapa yang percaya. Jika benar kerajaan ingin menghapuskan Anwar, tentu sekali beliau sudah pun disumbat ke dalam penjara atau mungkin juga telah terhapus lama dahulu. Ini tentu mengurangkan beban kerajaan untuk melayan karenahnya yang tidak jemu-jemu cuba mengkhianati, mengsabotaj dan menghuru-harakan negara saban hari.

Tetapi kerajaan tidak pernah mengancam Anwar kerana Anwar bukan siapa-siapa. Beliau hanyalah seorang bekas banduan, peliwat dan penzina yang terus bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri walaupun partinya sendiri sudah nyawa-nyawa ikan dan hanya hidup atas kebodohan PAS serta kebijaksanaan DAP yang ingin memperalatkannya.

Justeru, kenapa Anwar perlukan pengawal peribadi yang sebegitu ramai? Khabarnya sehingga 7 orang untuk satu-satu masa dan bertukar pula mengikut syif tertentu. Apakah dan siapakah yang Anwar takutkan? Atau apakah mereka hanya diupah Wan Azizah agar memastikan Anwar 'tidak kecundang' lagi? Dan dari mana Anwar mendapatkan wang mengupah sebegitu ramai pengawal peribadi bersenjata?

Anwar sebenarnya cuba memperlihatkan kepada dunia bahawa beliau amat berpengaruh sehingga menyebabkan nyawanya dalam keadaan bahaya kerana kononnya kerajaan melihatnya sebagai ancaman dan perlu dihapuskan.

Namun, rakyat melihat sebaliknya.

Rakyat kini melihat Anwarlah sebagai ancaman kepada mereka. Imej negara tidak aman yang ingin dipamerkan Anwar sebenarnya memakan diri. Walaupun ia mampu meraih minat dan sokongan asing, tetapi ia hanya menipiskan lagi peluang Anwar untuk menang dalam PRU kali ini.

Rakyat tidak suka dengan corak negara tidak stabil yang ingin diwujudkan Anwar dan di masa yang sama rakyat memandang sinis sifat pengecut di sebalik sifat samseng yang ditonjolkan melalui tindakan pengawal peribadinya.
Kesimpulannya, lebih ramai pengawal peribadi yang diupah Anwar, lebih sinis pandangan rakyat terhadap Anwar dan lebih takut mereka kepadanya. Rakyat takut tertembak jika dekat dengannya.

Siapa lebih kasar mainan politik? UMNO ataupun Pakatan?

Friday, 7 September 2012

WHY UMNO MUST BE KEPT IN POWER


Umno and Barisan Nasional (BN) must remain in power to keep the foundations of nation-building that were established since the days of the country’s independence intact, said Tan Sri Muhyiddin Yassin.

The deputy prime minister said Umno and BN’s victory was vital and not just for political power, but to continue to be the fortress in the defence of the country against threats and undesirable ideology from outside.
“Many of these foreign influences are not in line with our religious and eastern values and our own long-held values as Malaysians,” said Muhyiddin to reporters after opening the Langkawi Umno division delegates’ meeting at the Mahsuri International Exhibition Centre here today.

Read more, here.

@Khalid_Ibrahim Wajib Declare Status Bas Jelajah Merdeka

Siapa Punya Bas Ni ??

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim diminta untuk tampil memberi penjelasan mengenai status bas Jelajah Merdeka Rakyat yang disewa khas oleh beliau sendiri dalam tempoh 48 jam.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal mendesak MB Selangor untuk membuat kenyataan dengan tanpa bermain politik berhubung perkara terbabit agar rakyat khususnya di Selangor dapat menilai keseriusan kerajaan negeri untuk kelihatan lebih telus dan tranparent seperti yang diperjuangkan


So apa lagi tunggu Khalid oi !!

Jawab jangan tak jawab. 48 jam tempoh untuk menjawab persoalan tersebut.

Monday, 3 September 2012

@PDRMsia Buru Beberapa Individu Pamer Bendera Republik Malaysia, Pijak & Tunjuk Pungkok Pada Gambar @NajibRazak


KENYATAAN PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH:

Semasa perhimpunan janji bersih yang diadakan pada malam 30 Ogos 2012 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur telah berlaku beberapa insiden seperti berikut : - 

1.Beberapa individu yang mempamerkan bendera baru untuk mengantikan bendera Malaysia (jalur gemilang)
2.Beberapa individu yang bertindak memijak gambar pemimpin negara
3.Seorang individu yang menunjukkan punggung atas gambar pemimpin negara

Sehubungan dengan ini, satu laporan polis telah diterima, iaitu tun H.S.Lee repot 29960/12, pada 01 Sept. 2012.

Siasatan sedang dijalankan di bawah seksyen berikut : -

•Tindakan mempamerkan bendera baru untuk mengantikan bendera malaysia (jalur gemilang) disiasat di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 . Perbuatan ini boleh mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan antara beberapa kaum atau golongan penduduk Malaysia ;
•Tindakan memijak gambar pemimpin negara disiasat di bawah Seksyen 290 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan ;
•Tindakan menunjukkan punggung di khalayak ramai disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Pihak polis memandang serius perbuatan – perbuatan ini yang mengugat kestabilan negara. Berikutan dengan itu, pihak polis mohon individu –individu yang terbabit untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan.

Kegagalan berbuat demikian, pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengesan individu – individu terbabit mengikut lunas undang-undang.

Sebelum itu, pada 29 Ogos 2012, laporan polis telah dibuat bersabit dengan kegagalan penganjur perhimpunan janji bersih untuk mengemukakan pemberitahuan (notis) kepada Ketua Polis Daerah dalam tempoh yang ditetapkan, ia itu sekurang – kurangnya sepuluh hari sebelum perhimpunan diadakan.

Laporan polis Tun H.S.Lee rpt 29607/12 dan Tun H.S.Lee rpt 29608/12 berkaitan. Kes – kes disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.


Rakyat Biadap Pijak Gambar PM Terus Dikecam


Tindakan beberapa individu memijak gambar Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak terus mendapat kecaman dari pelbagai pihak yang kesal dengan tindakan penganjur yang gagal mencapai objektif sekali gus gagal mengawal kumpulan sokongan mereka.

Saturday, 1 September 2012

Pengertian Kemerdekaan Haruslah Diselami Bukannya Dikhianati #bn4wp

Peristiwa Kemerdekaan Pada Kali ini harus dimengertikan utk menjamin kemakmuran negara.. Mereka2 yang kurang menghayati dan cuba menimbulkan huru hara perlu menghayati beberapa perkara ini sbg teladan masa hadapan..
1. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan contoh terbaik di samping pembebasan Gua Musang oleh Tentera MPAJA pada Perang Dunia Ke 2 yang menegaskan bahawa mereka baru sahaja Merdeka dari Jepun dan menganggap Malaya adalah sebahagian dari Tanah Besar China.
2. Usul Ketua Pembangkang di dalam Sidang Penggal Pertama Parlimen pada Mei 2008 yang mahu perkataan Melayu dibuang dari Perlembagaan Persekututan merupakan usaha terancang dan halus untuk memungkiri Kontrak Sosial dan secara sistematik menghapuskan dan bersifat anti Islam, Melayu & Institusi BeRaja.
3. Tuntutan-tuntutan Su Qiu, Dong Zhong, Hindraf, SUARAM, Bersih dan lain-lain NGO pro pembangkang yang ditaja oleh dana-dana zionis antarabangsa merupakan contoh yang amat jelas untuk merubah struktur sosial dan asas kenegaraan Malaysia secara terancang dan sistematik untuk menuju sebuah kerajaan republik baru di masa hadapan.
4. Sikap hipokrit dan munafik pimpinan PAS yang menyebarluaskan di dalam usrah-usarah di peringkat Institusi Pengajian Tinggi di kalangan mahasiswa bahawa Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan penjajah dan perlu ditentang amat bertentangan dengan Persetujuan Konvesyen Rakyat & Buku Jingga di samping kenyataan-kenyataan pimpinan mereka kepada Rakyat bahawa mereka menjunjung tinggi Perlembagaan Negara.
* Renung-renungkanlah…
5. Siri-siri Demonstrasi Bersih & Hindraf tidak menggambarkan Janji Ditepati sebagaimana yang telah termaktub di dalam 5 Prinsip Rukunegara.
6. Kebiadapan beberapa ahli Parlimen dan pimpinan pakatan pembangakang terhadap Bendera Negara, Institutsi Sultan dan Bangsa Melayu merupakan contoh yang amat biadap dan pada akhirnya dimanifestasikan di dalam Himpunan Janji Bersih Merdeka malam 30 Ogos 2012.
Dato' Seri Ir Mohd Zin Mohamed