Tuesday, 25 September 2012

Pengikut Anwar Masuk Dewan Negeri Perak



Beberapa individu yang tak pernah malu dikenali pengikut Anwar Ibrahim/Fauziah Toron yang cuba mengganggu perjalanan Sidang DUN Perak ke-12 dengan beberapa dokumen termasuk buku akujanji untuk ditandatangani oleh beberapa Adun pembangkang.

Empat individu itu hadir dikatakan cuba menarik perhatian media dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam siu projek Lynas .

Difahamkan, kumpulan itu ingin mendesak semua wakil rakyat baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang supaya menurunkan tandatangan bagi membantah projek itu yang telah mendapat kebenaran kerajaan untuk beroperasi, baru-baru ini.

Pengurusan sidang DUN terpaksa mengambil tindakan menghalau mereka kerana melanggar peraturan apabila mengadakan sidang media di luar dewan.

Kedegilan pihak pembangkang semakin terserlah sehingga sanggup membawa masuk individu membuat kacau dalam persidangan yang sedang berlangsung atas isu-isu kononnya mereka membela rakyat.

Pembangkang nampaknya menggunakan alasan membela nasib rakyat sedangkan hasrat utama mereka ialah untuk merampas semula kuasa sebagai kerajaan negeri dengan apa cara sekalipun.

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.