Saturday 29 September 2012

Malam Seni Mencintai Nabi Muhammad SAW #respect

Sebentar tadi telah berlangsung Majlis Malam Seni Mencintai Nabi Muhammad SAW anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Yayasan Al Qayyim.

Program ini diadakan di MATIC, Jalan Ampang. Antara tetamu yang hadir ialah YB Khairy Jamaluddin, YB Datuk Razali Ibrahim, YBhg Datuk Jamil Khir, YBhg Ustaz Asri.

Malam Cintai Rasul ini turut mendapat kerjasama daripada barisan artis-artis ternama tanahair antaranya Erma Fatima, Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Ramli Sarip dan beberapa penggiat seni lagi.

YB Khairy Jamaluddin dan YB Razali Ibrahim telah turut sama mendeklamasikan sajak di program tersebut. Pengacara program tersebut Ahmad Fedtri Yahya daripada TV3 dan Selebriti Terkenal, Wardina Safiyyah.

Semoga cinta kita terhadap Rasullullah SAW tidak setakat malam ini sahaja tetapi kekal abadi selamanya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.