Friday 9 May 2014

#Hudud : Brunei Dikecam Dunia, Malaysia Bakal Dikecam Kaum Cina?


Beverly Hills mendesak Sultan Brunei menjual sebuah hotel di bandar yang dipenuhi selebriti di Amerika Syarikat itu selepas negara berkenaan memperkenalkan undang-undang syariah, kata pegawai semalam.

Bintang termasuk Jay Leno, Ellen DeGeneres dan jutawan Richard Branson sebelum ini turut menggesa dikenakan boikot terhadap rangkaian Beverly Hills Hotel. Ketua rangkaian Dorchester Collection, Christopher Cowdray bagaimanapun berkata ia adalah satu kesilapan dan hanya akan menjejaskan kakitangan hotel.

“Tindakan yang mahu diambil perlu dipertimbangkan secara serius kerana ia akan menjejaskan kehidupan semua orang ini,” katanya kepada pihak berkuasa Beverly Hill pada satu mesyuarat majlis malam kelmarin.

Sultan Hassanal Bolkiah minggu lalu mengumumkan beliau akan tetap meneruskan pelaksanaan undang-undang syariah walaupun mendapat kritikan dari dalam dan luar negara.


Fasa awal secara rasmi berkuat kuasa kelmarin dengan fasa kedua termasuk hukuman lebih tegas iaitu pelaksanaan hudud yang akan memotong tangan pencuri dan perompak akan bermula akhir tahun ini.

Akhir tahun depan, hukuman rejam atas kesalahan liwat dan berzina akan diperkenalkan.

Sultan Brunei memiliki Hotel Beverly Hills dan juga Hotel Bel-Air di Los Angeles melalui syarikatnya Dorchester Collection, yang juga mempunyai cawangan di London, Paris, Milan dan Rome.

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.