Friday 9 May 2014

KELAB WARTAWAN MUDA PUTRAJAYA

Kelab Wartawan dan Karyawan Muda Putrajaya telah mengadakan perjumpaan pertamanya di Menara Seri Wilayah, Presint 2, Putrajaya pada 9 Mei 2014. Kelab ini telah ditubuhkan dan diuruskan oleh MPN Network, pemilik portal berita komuniti Putrajaya, MyPutrajayaNews.com

Kelab ini ditubuhkan bagi menyatu dan mengumpulkan golongan muda di kawasan Putrajaya disamping memberikan peluang kepada mereka untuk meneroka bakat dan membantu mengembangkan kebolehan dan kemahiran mereka dalam bidang kewartawanan.

Diantara aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan adalah bengkel penulisan dan kewartawanan, program khidmat masyarakat dan pertandingan Cabaran Wartawan Muda Putrajaya. Portal MyPutrajayaNews juga memberi peluang kepada  ahli kelab untuk menulis di dalam portal mereka. Wartawan dan penulis berpengalaman juga akan dijemput untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan ahli kelab.

PERANAN MPN NETWORK

MPN Network berperanan dalam mengurus perjalanan serta kegiatan Kelab Wartawan Muda Putrajaya. MPN Network juga telah merancang dan menjalankan kegiatan untuk memberi peluang kepada golongan muda meneroka potensi diri dan menyediakan latihan untuk membina kebolehan dan kemahiran yang diperlukan kepada ahli.

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.