Friday, 31 August 2012

Apa Maksudnya Semua Ini #JanjiBersih #Merdeka55

Pemimpin mereka main seks mereka tak peduli...Ulama mereka mencerca orang mereka tak peduli...Ahli Politik mereka maki hamun mereka tak peduli...Pemimpin-pemimpin mereka rasuah, salah guna kuasa...mentadbir negeri macam haram mereka tak peduli..

Sekarang mereka tak peduli akan keharmonian kaum...mereka juga tak peduli dalam menghormati bendera negara...

Adakah orang-orang sebegini yang akan PEDULI hak anda sebagai RAKYAT MALAYSIA kalau mereka memerintah? Fikir-fikirkanlah...


Seperti Biasa #JanjiBersih Sudah Mula Tersasar Dari Matlamat Asal #Merdeka55

Apa ni penganjur #JanjiBersih sudah gagal mengawal crowd yang ramai sekarang ini. Pemerhatian saya mendapati penganjur sudah lari jauh dari matlamat asal iaitu mendengar dendangan puisi A Samad Said.

Mana perginya pula tuntutan yang diwar²kan semasa sidang media tempoh hari.

Penganjur berkata mereka menuntut Kedaulatan Undang-Undang. Diperincikan lagi seperti yang terdapat pada lampiran yang diberikan kepada media iaitu,

a) mendukung hak sivil dan kebebasan bersuara
b) memansuhkan akta zalim
c) kebebasan media

Seterusnya seperti biasa, mereka menuntut pilihanraya yang adil untuk rakyat.

Lihat video di bawah yang diambil oleh blogger YY.

Thursday, 30 August 2012

Sambutan #merdeka55 semakin meriah di Dataran Merdeka






B3S sekarang berada ditengah-tengah lautan manusia di Dataran Merdeka. Yang peliknya ramai maskot-maskot jelmaan DiGi membanjiri sambil bersorak riang gembira.

Kesian kepada abang-abang Baju Biru kerana terpaksa bertugas demi menjaga keamanan serta keharmonian tanah kemerdekaan ini.

Keadaan Semasa Di Dataran #Merdeka Lengang, #JanjiBersih Cancel #JanjiDemokrasi

Tak da sambutan !!

Kelihatan hanya beberapa kumpulan kecil berhimpun di simpang Jalan Tuanku Abdul Rahman menuju ke Dataran Merdeka.

Wednesday, 29 August 2012

#Merdeka55 Prasarana Umum LRT Percuma Bukan Untuk Dibawa Pulang Tapi Dinaiki

Perkhidmatan LRT dilanjutkan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan

Bersempena Hari Kemerdekaan ke 55 pada Jumaat ini, RapidKL, pengendali perkhidmatan LRT dan monorel di Lembah Klang, akan melanjutkan operasi untuk dua malam berturut-turut mulai Khamis ini bagi memberi kemudahan kepada wargakota meraikan kemeriahan sambutan hari bersejarah itu.

RapidKL juga akan memberikan perkhidmatan LRT dan monorel percuma kepada para peserta yang bertugas dan orang ramai yang menghadiri acara 'Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati' yang akan diadakan di Kompleks Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat ini.

"Seperti jutaan rakyat Malaysia lain, kami di RapidKL turut berbangga dengan kejayaan negara meraikan Hari Kemerdekaan yang ke 55 tahun ini. Ini adalah sebahagian daripada sumbangan kami kepada negara bagi meraikan hari bersejarah ini," kata jurucakap RapidKL, Puan Masnizam Hisham dalam satu kenyataan hari ini.

Bersempena dengan sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos ini, perkhidmatan LRT di stesen terpilih dan semua stesen monorel akan dilanjutkan sehingga jam 1.00 pagi keesokan harinya. Stesen LRT Ampang yang terlibat adalah Bandaraya, Masjid Jamek, Hang Tuah dan Titiwangsa. Sementara Stesen LRT Kelana Jaya adalah KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek dan Dang Wangi. 

"Stesen-stesen lain akan tutup mengikut jadual biasa. Bagaimanapun, tren akan berhenti untuk menurunkan penumpang dan mereka ada akses untuk keluar stesen. Kami menjangkakan ramai wargakota akan turun ke Dataran Merdeka untuk sambutan Ambang Merdeka.

"Kami juga difahamkan terdapat banyak acara-acara sambutan lain di sekitar bandaraya termasuk sambutan besar-besaran di KLCC yang menghidangkan persembahan artis-artis hebat dan pertunjukan bunga api sempena Ambang Merdeka.

"Berdasarkan kepada pengalaman, kami menjangkakan jumlah penumpang yang besar. Jadi, nasihat saya kepada para penumpang adalah supaya mereka menggunakan Kad MyRapid supaya mereka tidak perlu beratur di mesin-mesin jualan tiket," kata Masnizam.

Untuk operasi pada 31 Ogos bersempena Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati, beliau berkata operasi LRT akan dilanjutkan sehingga 1 pagi untuk Stesen Bukit Jalil, manakala stesen-stesen LRT dan monorel lain dibuka untuk para penumpang keluar sahaja. Sehubungan dengan itu juga, masa terakhir perlepasan bas RapidKL  di stesen-stesen terlibat adalah jam 1.30 pagi. 

Selain amanat Perdana Menteri, acara berkenaan akan turut menghidangkan persembahan artis remaja tanah air, seni mempertahankan diri, penganugerahan sijil Pencapaian Cemerlang kepada 10 ikon generasi muda, flashmob, cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api.

"Kita akan memantau keperluan tren untuk membawa pulang pengunjung dan sekiranya perlu, operasi ini akan dilanjutkan," katanya.

Untuk perkhidmatan percuma ke Bukit Jalil pada hari Jumaat, Masnizam berkata orang ramai boleh mendapatkan token-token khas untuk perjalanan percuma pergi ke Bukit Jalil  mulai pukul 4.00 petang yang akan disediakan di semua stesen-stesen LRT dan monorel.

"Token-token ini diprogramkan khas dan hanya membenarkan para penumpang keluar di stesen LRT Bukit Jalil. Mereka yang inginkan token ini perlu mengambil sendiri di kaunter-kaunter tiket di stesen-stesen LRT dan monorel pada hari Jumaat.

"Untuk pulang, mereka perlu mengambil token pulang di Stesen LRT Bukit Jalil. Kita akan mempunyai notis-notis khas untuk membantu penumpang dan para petugas di semua stesen," tambah beliau.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Hal Ehwal Media Azhar Ghazali di 019-3837865.


Ulasan :

ALHAMDULILLAH
Kerajaan Prihatin, Kerajaan Dipilih.

Tuesday, 28 August 2012

#Merdeka Rekod Dunia Bakal Tercipta Pada 31 Ogos 2012




Apa Itu Tweet Merdeka?
Tweet Merdeka adalah satu program anjuran JASA di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sempena dengan Sambutan Hari Merdeka Ke-55 yang bakal dianjurkan pada 31 Ogos 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Apakah Matlamat Tweet Merdeka?
Tweet Merdeka bertujuan untuk memecahkan rekod dunia dan menempa rekod baru di dalam Malaysia Book of Records berdasarkan kepada 2 kategori yang berikut:

A. Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar di Dunia
B. Jumlah Tweet Terbanyak dalam Tempoh 1 Jam Dengan Menggunakan Hashtag

Apakah Sasaran Tweet Merdeka Untuk Memecahkan Rekod Tersebut?
Untuk melayakkan Tweet Merdeka untuk menempa rekod baru di Malaysia Book of Records, Tweet Merdeka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya:

A. 10,000 pengguna Twitter
B. 20,000 tweets dalam masa 1 jam menggunakan hashtag #Merdeka55



Siapa Boleh Sertai?

Siapa Boleh Sertai?

Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Twitter. Sekiranya anda belum lagi mempunyai akaun Twitter, masih sempat lagi untuk anda mendaftar diTwitter.com

Bagaimana Untuk Sertai?
Untuk kategori A:

1. Daftarkan diri anda di www.twtupmerdeka.blogspot.com

2. Hadir pada hari kejadian dan sahkan pendaftaran anda di kaunter pendaftaran. (Seperti rajah A)



RAJAH A
3. Pastikan anda menerima tag peserta beserta nombor siri, t-shirt Tweet Merdeka (selagi stok masih ada), topi Tweet Merdeka (selagi stok masih ada) dan lain-lain yang ada di dalam beg goodies.

4. Masuk ke dalam Stadium dan duduk di kawasan yang telah ditetapkan untuk program Tweet Merdeka. (Seperti rajah A)

5. Pengiraan peserta akan dibuat berdasarkan pengesahan yang dibuat di kaunter pendaftaran sehingga jam 8.00 malam.

6. Peserta akan turut serta menulis tweet untuk kategori B.

Nota tambahan: Peserta dinasihatkan hadir sebelum jam 6.00 ptg bagi mengelakkan kesesakan di pendaftaran.

Untuk kategori B:

1. Pada hari kejadian, tepat jam 8.15 malam, kesemua pengguna Twitter tidak kira di stadium ataupun di mana sahaja akan memulakan Tweet Merdeka dengan menulis tweet.

2. Perkara yang perlu ada di dalam tweet anda untuk melayakkan kiraan untuk kategori B adalah #Merdeka55 dan @NajibRazak. cth:

"Bersama kita jayakan #Merdeka55 bersama @NajibRazak"
3. Tweet Merdeka akan berlangsung selama 1 jam sehingga jam 9.15 malam.

4. Pengumuman akan dibuat setelah 1 jam.



Apakah Tarikan Lain Yang Ada Semasa Program Tweet Merdeka?

1. Selebriti tempatan seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Elfira Loy, Mia Sara Nasuha, Remy Ishak, Iqram Dinzly, Kamal Adli, Intan Ladyana, Adi Putra, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Kenchana Devi, Yana Samsudin, Amber Chia, Shaheizy Sam, Johan Asari dan ramai lagi akan turut serta bersama peserta di Stadium dan juga menulis tweet pada hari kejadian.

2. Cabutan bertuah yang sangat lumayan seperti Iphone 4s, New Ipad, Macbook,Blackberry Curve, dan banyak lagi termasuk sebuah kereta Proton Preve.

3. Sijil Pencapaian sebagai Penempa Rekod Dunia bagi kategori A.

4. Pada masa yang sama, terdapat juga sambutan hari raya peringkat kebangsaan yang diadakan di perkarangan stadium itu sendiri!

5. PM DS Najib Razak akan memilih 3 tweet bertuah pada hari tersebut untuk diberikan hadiah istimewa. (Mungkin makan malam bersama PM)

Bagaimana Untuk Mendapatkan Maklumat Terkini?
Pastikan anda follow

@TwtUpMerdeka di Twitter dan Like FanPage 55 Merdeka, Janji Ditepati di Facebook.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, bolehlah e-mail kepada twtupmerdeka@gmail.com ataupun terus bertanyakan di twitter ataupun Facebook seperti link di atas.


@barisannasional Tak Janji Syurga Bagi Siapa Yang Mengundi Mereka? #bn4wp

85% Janji Pakatan, Langsung Tak Boleh Pakai #bn4wp

Pakatan pembangkang gagal menunaikan lebih daripada 85 peratus janji kepada rakyat yang 'ditabur' mereka dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan kajian yang dibuat, kerajaan negeri di bawah kepimpinan pakatan pembangkang hanya berjaya menunaikan tidak lebih 15 peratus daripada keseluruhan janji yang dibuat.

"Mereka sudah diberi peluang untuk memerintah negeri tetapi tidak dapat melaksanakannya, macam mana kononnya mereka mahu diberi peluang menuju ke Putrajaya?" katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Pulai di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Terbau, Datuk Abdul Halim Suleiman. Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) sehingga kini sudah berjaya menunaikan lebih daripada 87 peratus janji yang dibuat sejak pilihanraya umum pertama 1959 ketika di bawah Parti Perikatan.

Beliau mengakui terdapat kelemahan sebanyak 13 peratus dalam menunaikan janji yang dibuat dan tidak mustahil pekara itu akan dibawa ke Pilihan Raya Umum Ke 13 tidak lama lagi dan meminta rakyat menilai sendiri serta menolak parti yang disifatkan sebagai pembohong kerana tidak menunaikan manifesto pilihan raya.

Katanya, kerjasama tiga parti dalam pakatan pembangkang adalah ibarat perkahwinan mutaah yang bersifat sementara kerana mereka hanya memerlukan satu sama lain pada waktu pilihanraya dan hubungan tersebut tidak bertahan lama disebabkan agenda masing-masing yang berbeza.

"Kita lihat seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang, DAP cuba menguasai lebih daripada dua pertiga kerusi di sana selain mahu menjadi parti tunggal di negeri itu.

"Adalah lebih baik PKR dan PAS meninggalkan DAP dan menjadi entiti berasingan kerana mereka tidak jujur dalam menterjemahkan kesepakatan yang terjalin dan kaedah yang sama juga akan dilakukan jika mereka menguasai Putrajaya," Katanya lagi.

Sumber : Utusan

Saturday, 25 August 2012

Sokong #JanjiBersih Maka LGBT Turut Direstui Rakyat



Mungkin sesetengah pihak berpendapat bahawa himpunan #JanjiBersih dan #Merdeka55 merupakan program yang mempunyai intipati sama. Tapi malangnya kedua-dua himpunannya mempunyai objektifnya tersendiri.


Sebagai contoh #janjibersih yang dibawakan oleh Pembangkang melalui Gabungan Janji.
- memperjuangkan Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang
- mendukung hak sivil dan bersuara
- memansuhkan akta zalim
- memperjuangkan kebebasan media
- pilihanraya adil dan bersih

Baca lanjutan permintaan #janjibersih di sini.


Namun di pihak #Merdeka55 yang dianjurkan oleh kerajaan Persekutuan pula tidak membawakan apa-apa usul untuk dirasukkan ke dalam jiwa rakyat Malaysia. Tetapi program himpunan #Merdeka55 ini nanti akan terdapat beberapa unsur kecintaan kepada keamanan dan kesejahteraan negara dalam masa yang sama mengenang kembali perjuangan perajurit-perajurit tanah air yang telah berjasa meMERDEKAkan bumi bertuah ini.

Inilah dua perbezaan yang dapat dilihat dalam konteks himpunan yang hampir sama namun mempunyai intipati yang nyata sekali berbeda.

Menyelami akan perkara tersebut, saya lampirkan antara sokongan rakyat terhadap himpunan yang dibawa oleh #janjibersih.


Di bawah ini pula tweetup #Merdeka55


Dua perbezaan yang tinggi antara sokongan rakyat dan penolakan rakyat terhadap kempen himpunan yang tidak  bermoral dan dianggap sebagai tidak berfaedah untuk semua. Untuk info, hashtag di atas diambil seminggu sebelum berlangsungnya Hari Kemerdekaan.

Umum mengetahui bahawasanya sambutan ambang Merdeka bukan sekadar sambutan yang dipenuhi dengan warna warni bunga api tetapi ia merupakan sambutan kepada kesyukuran dan pengharapan kemerdekaan negara ini akan terus berkekalan sehingga bila-bila.

Namun di pihak Gabungan Janji pula beranggapan bahawa rakyat masih lagi bodoh dan tidak celik akan keadaan semasa. Bagi mereka, rakyat tidak pedulikan mengenai Merdeka sebagai perkara pokok, tetapi perjuangan menjatuhkan kerajaan menjadi target utama. Sebenarnya mereka tersilap.

Selepas kecewa dengan harapan Bersih 3.0 yang dibawakan oleh Anwar Ibrahim dan dijana oleh Ambiga, rakyat sudah mulai menilai mana satu kebaikan dan keburukan yang terdapat dalam himpunan anjuran Pembangkang. Nampak seakan-akan baik untuk rakyat namun sebenarnya ia merbahayakan keselamatan negara dan rakyat di dalamnya.

Tahniah kepada rakyat Malaysia yang bijak membuat penilaian terhadap politik buruk Pembangkang hari ini.

Sesiapa yang berminat mendaftarkan diri untuk menghadirkan diri pada malam ambang Merdeka nanti, sila klik SINI.

<iframe width="460" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/fIVWAGCD6FM" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Sumber : Rezqeen Hill
<iframe width="450" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/fIVWAGCD6FM" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Friday, 24 August 2012

Pakatan Hamlau & Janji-Janji Syaitannya #bn4wp

Peringatan seorang Negarawan bertaraf dunia, Tun Dr. Mahathir mengenai Pakatan Rakyat (PR) wajar diberi perhatian serius. Kata beliau, 'banyak yang akan musnah jika PR memerintah' dan 'lebih baik syaitan yang kita kenal dari bidadari yang kita tidak kenal'.

Walaupun mungkin ada yang memusuhi Tun Dr. Mahathir tetapi tidak seorang pun dari musuh-musuhnya yang dapat menafikan jasa-jasa dan kejayaan beliau melonjakkan negara serta kehidupan rakyat dengan begitu pantas, bergaya serta cemerlang sekali. Oleh itu, peringatan yang beliau berikan di atas tidak wajar dipandang sinis kerana ia bukannya peringatan kosong, tetapi berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan pengalaman beliau dalam mengurus-tadbir negara selama 22 tahun.

Beliau pastinya cukup arif mengenai 'aspirasi' pemimpin tertinggi PR, Anwar Ibrahim setelah terlibat secara langsung mengekang percubaan Anwar membankrapkan negara pada tahun 1997/98 dengan menurut saranan IMF. Ini menjadikan Tun Dr. Mahathir sebagai penyelamat negara dan rakyat sekali gus musuh utama barat.

Hari ini, PR menjanjikan negara kebajikan dengan pendidikan percuma untuk semua, tiada tol, menurunkan harga minyak, pendapatan minimum sehingga RM4000 setiap rumah, menghapuskan cukai dan berbagai-bagai janji manis lagi.

Namun, realitinya bagi memberikan sesuatu secara percuma, kerajaan perlu terlebih dahulu mempunyai dana. Dan jika kos tertentu terhadap rakyat turut dihapuskan, maka bagaimana kerajaan akan dapat mengumpul dana tersebut agar dapat memberikan sesuatu yang lain secara percuma kepada rakyat?

Tidak mustahil bahawa PR berniat untuk mengambil pinjaman atau berhutang dari luar, yang mana gagal dilakukan oleh Anwar ketika krisis kewangan 1997/98 dahulu bagi menunaikan segala janji-janji manis tersebut. Jika ini dilakukan, maka negara akan terbeban dengan hutang yang semakin bertambah saban tahun kerana tidak mempunyai dana dan pendapatan yang cukup untuk membayarnya akibat penghapusan tol, cukai, kos pendidikan dan lain-lain, di samping meningkatkan subsidi kepada rakyat.

Keadaan ini pasti lama kelamaan akan mencetuskan kemarahan rakyat, seterusnya ketidakstabilan dalam negera.

Kita sedia maklum bahawa meletakkan negara di dalam keadaan lemah dari segi ekonomi adalah langkah pertama untuk membantu rakan-rakannya neo-con Anwar untuk menakluk negara ini. Apabila sudah ditakluk, maka lebih mudahlah undang-undang yang berlandaskan pemikiran liberal dan plural dipaksa ke atas negara Islam ini. Inilah agenda halus yang tersembunyi di sebalik segala janji manis PR.

Walaupun PR kelihatan bagai bidadari yang membawa janji-janji manis dari syurga tetapi hakikatnya, apa yang dijanjikan tidak menepati realiti dunia.

Sebaliknya, BN mungkin tidak kelihatan seperti bidadari dan mungkin dianggap kejam kerana mengenakan cukai, tol dan kos pendidikan tetapi BN berpijak di bumi yang nyata.

Realitinya, di bumi ini, sesebuah kerajaan perlu mengenakan kos tertentu terhadap rakyat untuk menjana ekonomi negara serta membantu rakyat secara meluas dan dalam jangka masa yang panjang. Wang tidak turun dari langit dan tidak bertambah dengan sendirinya. Jika kita berhutang dengan negara luar, ia perlu dibayar atau kita akan tersepit sehingga akhirnya hancur berkecai. Inflasi dan trend peningkatan harga pasaran dunia menjadikan perkataan 'percuma' adalah sesuatu yang mustahil dan bakal memakan diri sendiri.

Justeru, sepertimana pesan Tun Dr. Mahathir, usahlah kita percaya pada manusia yang menyamar sebagai bidadari yang turun dari syurga kerana kita bukannya berada di syurga, tetapi di dunia yang nyata. Maka, berpijaklah di bumi nyata, dan berfikirlah dengan sebaik-baiknya sebelum menyerahkan nasib kita kepada PR. Apa yang PR janjikan walaupun kelihatan seperti syurga tetapi realitinya ia bakal membawa kita ke neraka.

Sent from my BlackBerry® Smartphone

Membudayakan Gejala Sabotaj Harta Benda Milik UMNO #bn4wp

Inilah dia bila terlampau taksub dengan politik, apa saja yang dibuat tidak mengira hari dan waktu. Perkara yang seperti ini pun boleh dijadikan modal politik murahan puak-puak SAMM yang didalangi oleh Pakatan Rakyat. Pembaca lihat saja gambar di atas, banner ucapan sambutan Hari Raya Aidilfitri oleh UMNO Bahagian Seputeh dijadikan bahan vandalisme...budaya seperti inikah yang diterapkan oleh Pakatan Rakyat pada puak-puak mereka??

Inilah taktik-taktik BODOH pencacai-pencacai PR bila dah tak ada modal? Mereka ini dibayar oleh MP Seputeh YB Teresa Kok sendiri yang beliau sendiri sudah goyang dengan kedudukan beliau sebagai ahli parlimen Seputeh yang sudah goyang tidak diterima oleh rakyat Seputeh lagi? Apa masalahnya jika banner ini digantung disetiap pejabat UMNO bahagian dan juga kawasan sekitarnya. Bukankah banner ucapan Hari Raya ini secara tak langsung tanda sesebuah badan NGO mahu pun kerajaan untuk menyampaikan tanda mereka berterima kasih dan sebagainya kepada seluruh lapisan masyarakat.

Justeru itu, semalam Pemuda UMNO Bahagian Seputeh telah membuat laporan Polis di Balai Polis Bricfield terhadap Solidariti Anak Muda Malaysia melakukan perbuatan khianat ini. Ketua Pemudanya saudara Mohd Razlan Mohamad Rafii mendakwa pelekat ABU ini jugak telah dilekatkan dipapan tanda Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Seputeh dan harta benda awam.

Berikut laporan Polis yang telah dibuat oleh Pemuda UMNO Seputeh :
Saya telah dimaklumkan oleh En. Niya Ahmad Bin Sheikh Isindar, selaku pekerja di Pejabat UMNO Bahagian Seputeh melalui telefon jam 12.00 pm, 21 Ogos 2012 bahawa terdapat sticker – sticker Asal Bukan UMNO (ABU) ditampal di sekitar Pejabat UMNO Bahagian Seputeh dan juga banner Selamat Hari Raya dan bahagian muka pemimpin UMNO Seputeh seperti Datuk Mustapa Kamal dan pemimpin – pemimpin lain.

Jesteru itu, saya bergegas ke Pejabat UMNO Bahagian Seputeh dan tiba di sana jam 2.00 pm dan mendapati sticker ditampal termasuk ditampal pada papan tanda Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Seputeh.

Laporan ini dibuat terhadao keganasan harta benda – Vandalism – yang telah dilakukan oleh mereka dan siasatan mestilah dilakukan terhadap pelaku tersebut.

Sepengetahuan saya, Tema ABU ini digunakan oleh Persatuan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang pengasasnya adalah Badrul Hisham Shahrin.

Melalui twitter akaun @Chegubard beliau menyarankan pengedaran poster ini dibuat semasa musim Ramadan dan mereka mempunyai jaringan untuk menampal poster dan sticker di seluruh negara.

Jesteru itu, laporan ini juga dibuat untuk pihak polis menyiasat adakah penglibatan En. Badrul Hisham Shahrin selaku pengasas SAMM terlibat secara terus dalam aktiviti penampalan sticker di Pejabat UMNO Bahagian Seputeh.

Apa yang lawaknya di sini GR lihat macam biasa, puak-puak PR nie dengan selamba mengatakan ini semua angkara UMNO kerana ingin mendapatkan publisiti murahan. Pembaca fikirlah secara matang yer...kenapa sticker-sticker tersebut ditampal ketika pejabat UMNO Bahagian Seputeh ditutup? Puak SAMM ini mengatakan ABU ini adalah hasil dorongan rakyat Malaysia yang sudah menyampah dengan UMNO dan bencikan UMNO, GR ingin menyatakan di sini berapa ramai rakyat Malaysia yang menyokong idea-idea BODOH puak-puak SAMM nie?? Kalau kita lihat dalam program yang mereka anjurkan kenapa tidak mendapat sambutan??

Lagi satu dalam kenyataan puak-puak ABU nie, sticker ABU ini telah pun sampai ke Sydney, Australia. Dengan menampal sticker sebegini pada sesetengah tempat yang kita pun tidak ketahui tempat sebenarnya, mereka mengatakan sticker (gambar di atas) berada di Australia. Jangan BODOHkan rakyat Malaysia kerana mereka tidak BODOH seperti puak-puak SAMM dan PR.

GR ingin sarankan pada Chegu Bard...sudah-sudahlah buat publisiti murahan. Tidak ada gunanya kerahkan budak-budak SAMM melakukan kerja-kerja BODOH macam nie. Di hari lebaran ini lebih baik mereka menghabiskan masa mereka bersama keluarga dan sanak saudara berhari raya dan bermaaf-maafan disamping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia.

Untuk pengetahuan pembaca yang budiman, puak-puak ABU ini dah meroyan kerana disebabkan YB Teresa Kok sudah mula tidak diterima oleh rakyat di Seputeh. Di manakah ahli parlimen yang mereka harapkan untuk membela nasib rakyat? Ahli Parlimen yang malas untuk turun padang bertemu dengan rakyat. "No Claim, No Help" itulah slogan Teresa Kok, alamatnya mati kebulurlah rakyat macam nie. Macam mana rakyat nak jumpa wakil rakyat sendiri yang jarang turun padang, betul tak??

Segala bantuan yang diberikan dan diterima oleh rakyat di Seputeh adalah hasil dari UMNO dan juga Barisan Nasional (BN). Penerima BR1M di Seputeh majoriti yang menerima adalah dari bangsa Cina. Permohonan penjaja-penjaja kecil ingin mendapat lesen berniaga di kawasan Seputeh yang membantu adalah dari UMNO dan juga BN. Mana ahli parlimen Seputeh, takkan duduk goyang kaki saja. So pembaca sekalian fikir-fikirkanlah kenapa puak-puak SAMM dan ABU ini meroyan tak tentu pasal sampai sanggup buat perbuatan yang terkutuk ini....

Sumber : Gossip Rakyat

Sent from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, 23 August 2012

@n_izzah Kantoi Fitnah @RajaNongChik #bn4wp

There was an article today in The Malaysian Insider, where a man alleged he had received death threats for criticising Raja Datuk Nong Chik Zainal Abidin.

S. Pathavachalam said he received two death threats against him and his family for speaking out against the federal territories and urban well-being minister.

However, I would like this S. Pathavachalam to give me the phone number & time he received this so called "death treats'. By just accusing Dato Raja Nong Chik is just not enough.

To Nurul Izzah, who was seen with S. Pathavachalam please try harder in your bid to win Lembah pantai in the next General Election. Maybe in GE12, smear tactics & fitnah was enough but not this time. We the voters have become smarter and would not believe Pakatan Rakyat anymore.

Source : KL Chronicle

Sent from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, 16 August 2012

PAS Sakit Jiwa Najib Bersama Ulama Arab

Ternyata pembangkang begitu dengki apabila tokoh ulama terkenal Arab Saudi, Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish mengunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di sebuah hotel di Mekah dalam kunjungannya ke sana untuk mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).


Mungkin merasa tertampar dengan gambar Datuk Seri Najib yang berbual mesra dengan ulama-ulama tersebut, pembangkang membuat berbagai cerita bagi memperlekeh dan memburukkan beliau. Malah, demi ‘menjaga air muka’ kehadiran Nasharudin Mat Isa, Ahli Parlimen PAS Bachok bersama Datuk Seri Najib dikatakan pembangkang sebagai ‘penterjemah’ kerana Perdana Menteri kita tidak dapat berbahasa Arab.

Jika pembangkang mengambil tahu sedikit tentang perkembangan semasa, mereka pasti tahu bahawa ulama-ulama Arab, termasuk Sheikh Dr. Abdullah Hamad Jalaly baru saja berkunjung ke Malaysia atas jemputan ke Majlis Fiqh bersama Ulama pada bulan Julai yang lepas. Di dalam majlis tersebut, tiada ulama PAS diperlukan untuk menjadi penterjemah antara Datuk Seri Najib dengan mereka kerana mereka kebanyakannya boleh berbahasa Inggeris. Dan kalau pun seorang penterjemah diperlukan, di kalangan ulama UMNO dan kakitangan jabatan agama juga ramai.

Di samping itu, jangan kita terkejut bahawa tidak mustahil juga ada di kalangan ulama Arab yang mampu berbahasa Malaysia. Jika kita pernah mengunjungi Mekah, kita akan tahu bahawa adalah perkara biasa untuk menemui pak Arab yang mampu berbahasa Melayu kerana begitu ramainya jemaah Malaysia ke sana menunaikan umrah dan haji saban tahun.

Untuk pengetahuan juga, ulama atau cendekiawan Arab selalunya mampu bertutur lebih dari satu atau dua bahasa. Ulama dari Mesir, misalnya boleh berbahasa Perancis kerana Perancis adalah bahasa kedua mereka.


Oleh itu, janganlah kita perkecilkan Ulama Arab ke tahap Ulama PAS.

Sekurang-kurangnya pembangkang malulah sikit dan cerminlah diri dahulu sebelum memperlekeh Perdana Menteri atau ulama Arab. Sedarlah bahawa Perdana Menteri mampu berbahasa Inggeris dengan baik tetapi Nik Aziz ataupun Hadi Awang yang punya cita-cita untuk menjadi pemerintah Malaysia itu, jangankan bahasa Inggeris, bahasa Arab pun belum tentu. Ini kerana Nik Aziz bukan belajar agama di Negara Arab tetapi di India dan Hadi Awang pula di Pakistan. Tentulah kecekapan Bahasa Arab mereka tidak boleh menandingi ulama lulusan negara-negara Arab.

Lebih dahsyat lagi, Nik Aziz dan Hadi Awang tidak boleh berbahasa Malaysia dengan baik pun tetapi masih membawa loghat negeri masing-masing dengan pekat. Jika ada pun bahasa yang Nik Aziz fasih, ialah bahasa Urdu, mengikut biodatanya.

Oleh itu, jika Bahasa Kebangsaan pun tidak fasih, Bahasa Inggeris yang juga bahasa global pun langsung tak boleh, bagaimana mereka ini boleh bermimpi untuk menjadi pemerintah negara? Dan dengan bahasa Arab mereka juga tidak mencapai standard yang baik bagaimana mereka boleh bermimpi untuk memimpin umat Islam ke tahap global?



Justeru, tidak perlulah pembangkang memperlekehkan sesiapa sebelum melihat ke dalam diri pemimpin mereka sendiri. Jangan hanya kerana sekeping gambar Perdana Menteri bersama Ulama Arab maka pembangkang sudah tak tentu arah. Hapuskanlah perasaan dengki di bulan Ramadhan ini dan muhasabahlah diri agar dapat memperbaiki diri sendiri.

Sepatutnya, kita merasa bangga dengan Perdana Menteri dan gembira dengan keberangkatannya ke Mekah kerana pastinya beliau mendoakan yang baik-baik untuk kita semua, rakyat negara ini. Kita tahu yang Datuk Seri Najib bukannya berhati busuk seperti Nik Aziz yang sanggup mendoakan sesama saudara seagama agar pecah perut, semata-mata kerana ingin menang pilihanraya.

Kesan Besar Sikap Pemandu Jalan Raya



Terdapat banyak kejadian yang dianggap kecil tetapi apabila dilakukan atau tidak diambil peduli kerapkali mengundang masalah, malah boleh membawa padah yang membuatkan kita menyesal sepanjang hayat. Dalam kesibukan kita menjalani kehidupan ini, kerjaya mahu pun perjuangan yang tertentu, kita kerap abaikan perkara-perkara yang dianggap remeh, namun berpotensi untuk menjadi besar.

Apabila memandu kereta baru, berjenama hebat sesetengah orang cuba mengujinya di jalan raya dengan kelajuan tinggi. Kita jangka kita cekap dan mampu mengawalnya apatah lagi kereta baru yang canggih teknologinya dan mampu mengelak kerosakan, tetapi apabila terbabas, kereta dan diri kita mungkin selamat, tetapi pengguna jalan raya lain mungkin mendapat kesan dan akibatnya. Jalan raya akan sesak teruk dan padahnya dirasai sama oleh orang lain.

Pada musim perayaan ini, kita memandu dan tergesa-gesa untuk cepat sampai destinasi. Kita cuba mengambil jalan mudah dengan teknik pemanduan yang kita sangka cekap dan hebat. Kita memotong di sana sini tanpa mengira selekoh bahaya atau kesesakan, malah juga menggunakan laluan kecemasan. Siapa tahu, yang akan tiba di destinasi kita hanyalah jenazah yang terbujur kaku, tangisan sanak saudara pada pagi yang sepatutnya disambut gembira dan bahagia dan juga menyebabkan kesesakan lebuh raya atau jalan raya yang di luar jangkaan.

Kita tidak pernah serik dengan pelbagai berita dan foto ngeri kemalangan jalan raya, kecacatan dan pelbagai kerosakan kerana kita ambil mudah. Betul, malang tidak berbau, tetapi jika kita yang mengundangnya, kita hanya menyusahkan diri dan keluarga serta mereka yang menyayangi kita, tetapi juga orang lain. Memandu dalam keadaan mengantuk, tidak sabar, berlumba, laju yang keterlaluan, mengambil mudah dan mementingkan diri dan banyak lagi yang kita lakukan yang sebenarnya mengundang padah buat diri sendiri dan orang lain.

Kita berlumba-lumba di jalan raya, mengharungi segala susah payah dan tekanan perasaan untuk balik kampung bertemu ibu bapa dan sanak saudara. Malangnya apabila tiba di kampung halaman anak-anak, malah kita sendiri pun memberi lebih banyak masa melayan telefon bimbit dengan pelbagai urusan dan media sosial, terperuk melayan pelbagai tayangan menarik di televisyen dan pelbagai lagi, daripada benar-benar mengambil masa dari kesempatan yang ada untuk mengukuhkan silaturrahim, berkenalan dengan sanak saudara yang tidak pernah ditemui atau melayan karenah ibu bapa yang telah tua dan ingin sedikit perhatian kita.

Kita kata, kita adalah masyarakat yang bersopan santun dan berbudi bahasa. Tetapi hari ini anak-anak muda kita yang masih belajar di kolej dihukum mahkamah kerana memaki hamun pihak berkuasa. Kita sendiri pun mencarut di mana sahaja termasuk di dalam kereta yang terperangkap dalam kesesakan. Anak-anak memerhatikan kita dan kitalah cerminannya.

Ramadan dan Syawal yang akan datang dianggap bulan seribu sujud dan penuh kemuliaan, namun sikap dan kasih sayang kita kepada orang lain jarang kita nilaikan. Kita terus memandang kecil hal-hal yang merosakkan masa hadapan masyarakat dan negara. Kita tidak perduli nasib jiran tetangga dan mereka yang memerlukan. Kita jarang melihat nasib mereka dalam kalangan keluarga sendiri yang memerlukan bantuan dan sokongan. Kita lupa saudara-saudara kita yang menghidap penyakit berbahaya termasuk HIV AIDS, penagihan najis dadah dan lain-lainnya yang tersisih. Kita hina kesilapan mereka dan keluarga mereka yang dilanda musibah jadi bahan umpatan dan sesetengahnya jenazah pun enggan diuruskan.

Lalu apabila orang lain yang datang hulurkan bantuan dan sokongan, terutamanya dari kumpulan agama lain, kita marah dan lihat dengan prasangka. Kita bercerita pula tentang hal-hal yang boleh menggugat keselamatan negara dan keharmonian sesama rakyat yang ada. Kita adu domba dan menyalahkan sesiapa sahaja termasuk kerajaan dan pihak berkuasa. Kita lupa melihat tanggungjawab dan amanah yang dipikul bersama, yang harus bermula dari diri sendiri malah juga institusi agama kita.

Demikian juga apabila kita melihat hal-hal yang tidak bermoral yang berlaku di sekitar kita. Orang yang menari separuh bogel di tiang. Orang menganjur pesta arak dan separuh bogel di tepi kolam renang hotel. Mereka yang mengadakan pelbagai perkara yang amat menjengkelkan. Jenayah yang melibatkan anak-anak yang tidak tahu apa-apa. Kita anggap itu hanyalah tanggungjawab kerajaan dan pemimpin tertentu. Kita tuding jari dan riuh-rendahkan pelbagai perkara dengan tujuan untuk mengatakan pihak berkuasa tidak mengambil tindakan apa-apa. Kita salahkan polis dan pihak berkuasa.

Kita seolah-olah tidak ada tanggungjawab. Seolah-olah tugas kita hanya pandai mengkritik. Tanggungjawab kita hanya menuding jari. Ini termasuklah dalam kalangan orang yang mahir agama yang sepatutnya turut memimpin dan membawa jalan penyelesaian terbaik. Menyatu padukan ummah dan mengajak untuk melakukan kebaikan secara realistik, bukan hanya berceramah atas pentas dan berkempen untuk tujuan tertentu.

Apabila soal-soal kebajikan dan kesejahteraan masyarakat pun dijadikan bahan untuk menuding jari, maka tidak hairanlah apabila orang menghina hukum dan perkara-perkara agama pun kita boleh kita bertoleransi. Kita kata pula yang hukum agama boleh berubah mengikut masa. Kita tafsir mengikut keperluan yang ada, kononnya untuk kemashalatan yang lebih besar. Kemashlahatan siapa? Kemashlahatan masyarakat atau pihak dan individu tertentu?

Kita banyak bercakap tentang moral, etika dan agama. Kita marah kerana ada pemimpin tertentu yang diangkat sebagai tokoh dan pemimpin, yang dituduh dan dicari segala alasan dan bukti untuk mengatakan tidak bermoral, korupsi dan pelbagai keburukan lagi. Tetapi bila pihak kita dituduh menjulang pemimpin tidak bermoral, kita bela mati-matian. Jika sekali atau dua kali bolehlah agaknya dianggap fitnah dan sengaja diada-adakan, tetapi jika berkali-kali, kita masih lagi menganggap bersih dan hebat, walau pun sanggup menjual nama baik agama, bangsa dan tanah air sendiri di luar negara.

Malah jika orang yang kita anggap 'baik' dan 'bermoral' melakukan tindakan bertentangan dengan nilai dan norma yang ada, kita anggap itu fitnah dan sengaja direka. Jika orang lain yang buat dan dianggap bukan dalam kem sendiri, cepat sahaja melenting dan diminta ambil tindakan segera, tubuh suruhanjaya siasatan dan pelbagai lagi.

Banyak lagi hal-hal lain yang kita bersikap talam dua muka dan double-standard.Kita anggap remeh dan kecil, walau pun yang menyentuh akidah dan kepercayaan agama kita sendiri. Contoh terdekat ialah apabila dikatakan hukum agama boleh berubah mengikut keadaan. Siapa yang menentukan keadaan itu? Atau pun kita pejam mata sebelah apabila terang-terang 'sahabat' kita menentang hukum Islam dan negara Islam yang kita canangkan.

Apatah lagi apabila ada individu tidak bermoral yang memperjuangkan kebebasan yang selari dengan apa yang kita percayai, terus sahaja menerimanya sebagai pemimpin besar, apatah lagi apabila diiktiraf pula oleh negara tertentu yang mempunyai agenda yang sama dan selalu tidak senang melihat pencapaian dan kemajuan negara. Mereka ini walau pun terang-terang perjuangkan sesuatu yang bertentangan dengan agama, tetap disokong, digenggam erat tanggannya malah kalau boleh dipeluk, asalkan dapat jatuhkan orang lain yang dianggap lawan.

Demikian, banyaknya hal-hal kecil dan remeh tetapi beri kesan besar terhadap kedaulatan, keselamatan masyarakat dan keharmonian negara yang kita sayangi. Perkara-perkara kecil yang boleh bersemarak sehingga merosakkan tamadun umat, kematian dan kesusahan bukan sahaja kepada individu malah juga kepada masyarakat seluruhnya. Pada Ramadan ini, sambutan Hari Raya Aidilfitri dan nantinya Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-55, wajar kita membuat muhasabah, senaraikan lagi, betapa banyaknya perkara kecil yang sewajarnya diambil tindakan awal kerana ia seperti barah dan penyakit kronik yang jika tidak ditangani awal, akan menyebabkan kesusahan dan kehancuran.

Tuesday, 14 August 2012

Cara Pembangkang Memungut Pahala Di Bulan Ramadhan #bn4wp

Inilah blogger yang diagung-agungkan para pendokong kerajaan homo.

Apabila blogger milosuam mengeluarkan gambar seperti di atas, maka berteriaklah para rakan-rakan subahat Syaitan.

Hebat betol Pembangkang hari ini, memanipulasi imej untuk menjatuhkan maruah pemimpin.

Inikah yang dibanggakan oleh Pembangkang?

Si pesorak Pembangkang seronok mengiyakan apa saja perkara yang diputarbelitkan oleh askar cyber mereka kerana bencikan Datin Sri Rosmah Mansor.

Saya percaya, manusia di dalam Malaysia paling mudah mengumpulkan pahala secara BONUS double, triple dan berganda-ganda ialah Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri.

Kepada Perdana Menteri dan Isteri teruskanlah niat membela nasib rakyat dan membangunkan ekonomi selaras dengan transformasi yang dibawa untuk menjana pendapatan negara.


Update via BlackBerry® Smartphone Powered By UMNO

@teresakok Nak Jadi MP Atau Biskut Chipsmore?

Di negara ini kita bertuah kerana dapat berpuasa dan beribadah dalam keadaan aman dan tenteram, bukan seperti saudara-saudara islam kita di Syria, myammar, palestine dan sebagainya. Di Malaysia juga kita bertuah sebab kita ini mempunyai rakyat yang berbilang kaum dimana setiap kaum itu, dengan secara automatiknya akan menjaga kebajikan kaum – kaum yang lain. Ini juga dapat ditunjukkan melalui contoh perkongsian kuasa antara parti – parti Barisan Nasional (BN).



Tetapi, secara logiknya, kita juga mahu melihat perkongsian kuasa dan sikap prihatin ini juga di kalangan parti – parti pembangkang. Sebagai rakyat di Negara ini, kita juga mahu, contohnya Ahli parlimen DAP berada bersama umat Islam ketika bulan puasa. Walaupun tidak boleh memasuki masjid (atas sebab uzur) atau sebagainya, mungkin dengan memberi sedikit sumbangan kepada masjid – masjid di kawasan parlimen. Bukanlah kita ini mengharap sumbangan, tetapi ini adalah satu tanda “appreciation” ahli parlimen kepada penduduk di kawasan parlimen tersebut.

Malangnya, di kawasan saya sendiri di Seputeh, yang jumlah pengundi nya ada hampir 85,000 orang ini tidak sekali pun ahli parlimen YB Teresa Kok hadir pada bulan puasa kali ini. Ini adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila kawasan Seputeh ini, dari 85,000 orang pengundi, hanya 4,500 orang sahaja pengundi berbangsa Melayu Islam. Persoalan saya disini, sebagai seorang pemimpin kanan parti DAP yang tidak habis mencanang sana sini sebagai parti untuk seluruh rakyat Malaysia, kenapa 4,500 orang Melayu di Seputeh pun YB Teresa Kok tidak boleh nak jaga?

Bukan itu sahaja, yang lebih menyedihkan, mana PAS kawasan Seputeh? Saya hendak bertanya kepada pembaca – pembaca yang penyokong PAS ini, adakah wajar jika 4,500 orang Melayu di Seputeh ini dibiarkan begitu sahaja hanya sebab kawasan ini kawasan DAP? Jika begini lah erti perkongsian kuasa Pakatan Rakyat (PR), dimana kawasan Cina DAP jaga, Melayu PAS jaga dan PKR jaga kawasan campuran mungkin, habis itu bagaimana pula nasib golongan minority kawasan tersebut? Seperti yang kini berlaku di Seputeh?

Nasib baiklah di Seputeh ini gerakan UMNO bahagian sangat kuat, dimana pelbagai bantuan telah diberikan kepada peniaga – peniaga Melayu untuk mencari rezeki. Jika dilihat di Taman Desa terutamanya, bukan main besar lagi foodcourt orang Cina disebelah station SHELL, tetapi Alhamdulillah hasil usaha Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda UMNO Seputeh Saudara Razlan Rafii, sebuah bazar Ramadan berjaya dilaksanakan. Walaupun kecil tetapi peluang disediakan untuk orang – orang Melayu mencari rezeki sempena bulan yang mulia ini.

Nasihat saya terutama nya kepada YB Teresa Kok, jika YB rasa 4,500 orang pengundi Melayu Seputeh ini tidak penting itu terpulang kepada YB, tetapi janganlah sampai abaikan terus penduduk melayu di kawasan – kawasan PPR dan sebagai nya. Ini hanya mencerminkan sikap Rasis dan Hipokrit YB dan parti YB (DAP) yang menipu rakyat kata berkhidmat untuk “Malaysians” tidak kira agama atau bangsa, tetapi melakukan yang sebaliknya.

PLEASE “WALK THE TALK” AND NOT “WALK AND TALK”

Lagi artikel berkenaan @teresakok:

1. http://thekl-chronicle.blogspot.com/2012/06/teresakok-buat-hal-lagi-cc-mediaumno.html

2. http://thekl-chronicle.blogspot.com/2012/06/teresakok-bila-mau-turun-lawat-kawasan.html

3. http://thekl-chronicle.blogspot.com/2012/05/teresakok-corruption-scandal.html

4. http://thekl-chronicle.blogspot.com/2012/02/teresa-kok-no-official-complaints-no.html

5. http://thekl-chronicle.blogspot.com/2012/01/teresa-darling-where-have-you-been.html

Monday, 13 August 2012

Pemuda UMNO Tak Sudah-Sudah Buat Kerja Kebajikan Untuk Rakyat #bn4wp @rizalmanmokhtar



Walaupun berada di kota metropolitan Kuala Lumpur namun tradisi turun temurun masyarakat kampung tidak pernah dilupakan. 

Tradisi tahunan kali ini diteruskan lagi di lokasi yang berlainan supaya rakyat pelbagai lapisan di sini turut sama dapat merasai kemeriahannya. 

Malam ini Pemuda UMNO Bandar Tun Razak turun padang mengacau dodol di Flat Sri Kota. 

Program anjuran bersama Kelab Warga Emas Flat Sri Kota dan Rukun Tetangga Sri Kota ini dimulakan sekitar jam 10 malam dan dianggarkan akan tamat pada sebelum Subuh keesokan harinya. 

Sebanyak 7 buah kawah disediakan dan dodol-dodol tersebut akan diedarkan kepada penduduk-penduduk yang berhampiran. 

UMNO Hebat, BN Bagus 

Sumber : RH

Uk Aloh Satu Lagi Penipuan Husam Musa Terbongkar



Kelantan Koridor Depu adalah salah satu projek yang diletakkan di bawah pengurusan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan usahasama 2 syarikat dan dirasmikan sendiri oleh KDYMM Raja Perempuan Kelantan di Sekolah Menengah Ugama(Arab) Darul Saadah, Beta Hulu, Kota Bharu sekitar tahun 2007.


Ketika kerajaan negeri Kelantan membuat pengumuman projek Ladang Depu pada tahun 2007, berpuluh-puluh billboard telah dipasang di sekitar jalan-jalan utama di negeri Kelantan bagi menghebohkan projek tersebut kepada rakyat Kelantan kerana penanaman pokok depu atau gaharu masih baru dan tidak diusahakan oleh negeri-negeri lain.

Sedangkan harga untuk sekilogram depu gred 'double-super' dikatakan bernilai RM12,000-RM14,000 untuk sekilogram manakala harga pasaran untuk minyak gaharu dikatakan mencecah sehingga RM45,000/kg bergantung kepada kualiti kayu gaharu.

Mengambil kira nilai pasaran depu/gaharu inilah Kelantan Koridor Depu diumumkan sebagai projek untuk meningkatkan ekonomi rakyat Kelantan. Projek Ladang Depu ini dijalankan dengan menggunakan sistem 'pajak & kongsi' oleh kerajaan negeri PAS.

Ini kerana mereka yang mengikuti penanaman depu/gaharu dikatakan mampu meraih hasil yang lumayan selepas 4 tahun usia tanaman tersebut diusahakan.

Saya ulangi 4 tahun selepas tanaman tersebut diusahakan.

Tetapi kenapa sehingga kini diam serta sepi tanpa berita?

Walhal jika diteliti projek yang dimulakan sejak tahun 2007 dan kini memasuki tahun 2012, bermakna  jangka masa lima tahun telah dilalui pokok depu tersebut, pokok-pokok ini sepatutnya telah boleh ditebang untuk diproses dengan anggaran sebatang pokok RM1,000. 

Malah Husam Musa ketika menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Adun Nenggiri dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Husam dengan begitu yakin memberitahu bahawa projek tersebut berjalan mengikut apa yang telah dirancang.



Benarkah jawapan yang diberikan oleh Husam Musa, jika benar berapa banyak nilai yang telah diperolehi hasil daripada Ladang Depu yang dikatakan bakal meningkatkan ekonomi rakyat Kelantan itu?

Kerana sehingga kini tiada sebarang berita tentang jumlah pendapatan yang diperolehi oleh pengusaha atau mereka yang bekerja di ladang depu diumumkan oleh kerajaan negeri Kelantan, tiada juga sebarang kilang pemprosesan terbesar berjaya dibina hasil koridor depu yang diwar-warkan oleh PAS di Kelantan.

Adakah ladang tersebut berjaya, atau ianya hanyalah sekadar 'projek atas billboard', 'projek batu asas' sebagaimana yang selalu dilakukan oleh PAS?

Untuk mendapatkan jawapan ini, krew Kelantan Cyber Warriors telah bertindak mengunjungi tapak Ladang Depu yang terletak di Bertam, Gua Musang, Kelantan pada hari ketiga umat Islam meraikan Ramadhan sebagaimana intro yang dipaparkan sebelum ini. 

Hasil yang diperolehi adalah :


Pokok depu yang ditanam di bawah Koridor Depu 'mapuh kerah cokeng'!
Semak samun turut memenuhi sekliling pokok depu.
Lihat paparan gambar di bawah bagaimana keadaan batang pokok depu yang berusia 4 tahun di bawah projek Kelantan Koridor Depu :


Bandingkan pula dengan keadaan pokok depu yang berusia 4 tahun di Dannok, Thailand :


Perbezaan ketara ini adalah kerana pokok depu di Dannok, Thailand dijaga baik tetapi pokok depu di Gua Musang tiada penjagaan rapi yang diberikan.

Rakaman pengakuan 'mandur' ladang tersebut turut membuktikan bahawa projek ini memang GAGAL, sekaligus menunjukkan bahawa Husam Musa telah menipu ketika menjawab soalan Adun Nenggiri!



Kelantan Cyber Warriors cabar Husam Musa untuk buktikan jumlah pendapatan dan mereka yang telah berjaya sepanjang 5 tahun Koridor Depu dijalankan oleh kerajaan negeri PAS!

Siapa tauke cina yang begitu mudah memperolehi tanah-tanah di sekitar Gua Musang ini?

Kroni 'ente' kah Husam Musa?


Sumber : YY

Semak Kepala Tokey AEON Setiawangsa Diserbu Budak-Budak #bn4wp














Seramai 400 orang kanak2 dari seluruh Parlimen di Wilayah Persekutuan telah dibawa membeli-belah pakaian dan kelengkapan hari raya oleh Pergerakan Puteri UMNO WP.

Penerima sumbangan terdiri daripada anak yatim, anak dari keluarga kurang berkemampuan, golongan kurang upaya dan lain-lain

Setiap kanak-kanak telah dikhaskan perbelanjaan sebanyak RM150 seorang. Semoga dengan adanya program seperti ini akan dapat meringankan beban mereka.

Rasanya tokey AEON Setiawangsa tu dah tak pening bila semuanya selesai di kaunter bayaran hehe.

BN BAGUS

Sumber : Puteri Segambut