Wednesday, 4 July 2012

Apabila Pembangkang Cuba Membodohkan Diri


Isteri PM terus menjadi sasaran fitnah dan tohmahan pemimpin dan pencacai-pencacai pembangkang. Menjelang PRU tidak lama lagi, anda semua percayalah cakap saya serangan terhadap DS Rosmah akan menjadi-jadi. Mereka akan reka-reka apa sahaja cerita atau fitnah untuk menjayakan misi mereka.

Nampaknya kini DS Najib, UMNO dan BN bukan lagi ancaman kepada pembangkang. Sebaliknya DS Rosmah yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti dan yang tidak akan bertanding dalam pilihanraya menjadi individu yang paling pembangkang takuti. 

Hari ada sebuah blog pro pembangkang yang mengeluarkan satu artikel yang bertajuk Hot: RTM Sahkan Rosmah Mansur PM Malaysia.


Blogger tersebut menulis berdasarkan kemunculan DS Rosmah dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan RTM semalam yang mana dibahagian bawahnya tertulis EKSPRESI REMAJA BERSAMA PERDANA MENTERI. 

Hanya kerana perkataan itu dan gambar yang memaparkan wajah DS Rosmah, dia terus kata RTM sahkan Rosmah PM. 

Pada hari Sabtu ini (7.7.2012) akan diadakan satu program yang dinamakan EKSPRESI REMAJA BERSAMA PM di  Stadium Negara yang melibatkan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Datuk Seri Najib selaku PM akan hadir dalam program yang agak besar itu.


Kemunculan Datin Seri Rosmah di TV1 semalam yang mana beliau merupakan Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, adalah untuk bercakap mengenai matlamat dan tujuan perhimpunan antara remaja-remaja yang menganggotai Pandu Puteri dengan PM yang akan diadakan Sabtu ini.

RTM yang jemput beliau selaku YDP untuk bercakap tentang perhimpunan bersama PM yang akan diadakan itu. Topik yang dibincangkan adalah topik perhimpunan yang bakal diadakan itu dan akan dihadiri oleh PM dan RTM pun letaklah tajuk begitu kerana itu topiknya. 

Tak kan nak bincang pasal perhimpunan remaja bersama PM kemudiannya nak letak tajuk masak-masak....

Orang jadi blogger dia pun nak jadi blogger tapi bodohnya boleh tahan jugalah. Kasihan pembaca-pembacanya yang saban hari ditipu.

Sumber : rbf

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.