Monday 9 July 2012

Dah Takda Modal Dah UMNO Hari Ini - Pembangkang

Gempar tengahari tadi selepas waktu makan, Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) kecoh apabila dua individu tidak dikenali bersenjatakan pedang samurai dan parang telah menceroboh masuk ke kompleks JPM di Putrajaya Percel B kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Kejadian bermula apabila kedua-dua penjenayah lelaki dan perempuan itu berjaya merempuh sekatan pengawal keselamatan yang tidak bersenjata dan mara hingga ke kawasan taman di tengah Kompleks JPM.

Pihak Polis yang cuba menenangkan keadaan tidak berjaya dan Polis telah memberi tembakan amaran sebanyak 3 kali, namun tak diendahkan.

Namun tindakan susulan terpaksa diambil apabila penjenayah cuba menyerang Polis dengan senjata tersebut. Polis terpaksa melepaskan menembak mengenai kedua-dua penjenayah. Penjenayah lelaki telah ditembak di lengan dan kaki manakala perempuan telah ditembak di kaki. 

Motif serangan belum diketahui. Mungkin dah tak tahan nak jadi Kerajaan ataupun mungkin mereka cuba merompak Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak. 

INI SEMUA KERJA UMNO
Sent Via BlackBerry® Smartphone Powered By UMNO

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.