Tahniah diucapkan kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh Saudara Mohd Razlan Rafii kerana telah berjaya menyelesaikan isu peniaga-peniaga Bumiputera di Bukit Bintang (BB) Plaza.
Isu peniaga bumiputera BB plaza ini telah banyak kali diperkatakan dalam media cetak dan elektronik negara. Isu ini timbul apabila peniaga - peniaga BB plaza diberi notis untuk mengosongkan premis perniagaan mereka bagi memberi laluan kepada pembinaan projek MRT negara.
Tetapi, yang menjadi isu disini adalah mengapa peniaga bumiputera ini terpaksa mengosongkan bangunan BB plaza jika hanya bahagian hadapan bangunan sahaja yang diperlukan oleh pihak MRT Corporation?
Menyedari ada sesuatu yang tidak kena dalam perkara ini, Ketua Pemuda Seputeh telah mengeluarkan kenyataan membidas UDA yang dilihat lemah dan hanya mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda diatas kesusahan peniaga bumiputera di BB plaza. Ini ditambah juga dengan demonstrasi aman peniaga-peniaga BB Plaza yang memohon campur tangan pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah mereka,
Alhamdulillah, atas desakan yang dilakukan dan perhatian yang diterima oleh pihak atasan, kerajaan Barisan Nasional pimpinan YAB Datuk Seri Haji Najib Tun Razak hari ini (4 July 2012) telah mengeluarkan kenyataan bahawa peniaga tidak perlu berpindah keluar dari Plaza Bukit Bintang (BB Plaza)berikutan kerja-kerja pembinaan stesen MRT yang dijalankan.
Sekali lagi tahniah kepada Ketua Pemuda UMNO Seputeh Sdr Razlan Rafii dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membela nasib peniaga-peniaga bumiputera di Kuala Lumpur.
UMNO : Demi Agama, Bangsa dan Tanahair.
Sumber : KL - Chronicle
No comments:
Post a Comment
Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.
Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.