Monday 16 July 2012

RM100 juta Dana Bagi Kerja-kerja Sukarelawan Belia #1M4U




Pelancaran 1Malaysia 4 Youth (1M4U) telahpun selesai disempurnakan oleh YAB PM semalam yang telahpun dihadiri oleh lebih 50,000 orang di Esplanade KLCC. Majlis tersebut bukan saja mendapat sokongan daripada golongan muda tetapi juga daripada pengunjung pelbagai peringkat umur.

Apa yang menariknya di dalam ucapan pelancaran tersebut PM telah mengumumkan bantuan dana kepada para belia yang dinamakan DRe1M sebanyak RM100 juta. Dana tersebut bertujuan bagi membantu golongan belia menjalankan aktiviti-aktiviti kesukarelaan.

"Belia digalakkan memohon menggunakan permohonan di atas talian (online) bagi memudahkan dan mempercepatkan proses bagi mendapatkan dana," kata beliau pada majlis pelancaran program 1Malaysia For Youth (1m4U) di sini, hari ini.

Tambah beliau, dana ini juga merupakan 'seed money' bagi para belia gunakan dalam menjalankan sebarang aktiviti yang berasaskan sukarelawan.


"Apa-apa aktiviti berbentuk sukarelawan seperti gotong-royong, membersihkan kawasan pantai layak memohon dana ini,"- PM Najib Razak.






P/S: Alhamdulilah. Ini adalah bukti keprihatinan kerajaan kepada keperluan orang muda. We love PM!!!

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.