Tuesday, 17 April 2012

Mahasewel Bodoh Janji SOKONG Bersih 3.0



KUALA LUMPUR, 16 April - Mahasiswa yang berhimpun dalam demonstrasi anti-PTPTN hari ini juga menyokong penuh dengan perhimpunan 'Duduk dan Bantah' yang akan diadakan 28 April ini.

Menurut kenyataan media seramai 39 kumpulan anak muda dan mahasiswa bersatu dan berjanji untuk bersolidariti bersama rakyat dalam himpunan tersebut (Bersih3.0).

39 kumpulan tersebut antaranya,

- Solidariti Anak Muda Mahasiswa (SAMM)
- Malaysia Youth and Students Movement (DEMA)
- Kumpulan Anak Muda Independen (KAMI)
- Persatuan Prihatin Komuniti Kuala Lumpur & Selangor (PRIHATIN)
- LimaPulohB Kolektif (50B)

Pada sebelah pagi tadi menyaksikan berlaku sedikit kekecohan di Dataran Merdeka antara kira-kira 10 orang kumpulan mahasiswa dengan anggota pihak berkuasa.

Pihak berkuasa tempatan DBKL mengarahkan supaya mereka meleraikan khemah yang mereka dirikan mengikut undang-undang dalam taman yang tidak membenarkan mana-mana pihak untuk mendirikan atau membina binaan yang boleh mendatangkan kecacatan pada taman di ibukota itu. Malah pegawai DBKL yang menjalankan tugas itu juga mempersoalkan keadaan padang yang dilihat terdapat kesan-kesan cat dan sampah sarap yang mencacatkan keindahan taman dibawah kelolaan pihak berkuasa itu.

Hal ini tidak disenangi oleh kumpulan pendemo itu dengan alasan mengikut undang-undang Perlembagaan yang membenarkan sesiapa sahaja untuk berhimpun.

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.