Friday 27 April 2012

Mahkamah Putuskan Larangan Berhimpun Esok


alt

KUALA LUMPUR 27 April - Pihak Mahkamah Majistret telah mengeluarkan keputusan tidak membenarkan orang awam memasuki atau berkumpul di kawasan Dataran Merdeka.

Keputusan tersebut telah disahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM)  yang turut mengeluarkan arahan melarang penganjur BERSIH 3.0 untuk meneruskan Perhimpunan di kawasan tersebut.

Sementara itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membuat sekatan memagar  dengan menggunakan Pita Kuning di ruang padang Dataran Merdeka sebagai persiapan awal menjelang penganjuran BERSIH 3.0 esok.

Dengan kerjasama PDRM, seramai 300 orang anggota penguatkuasa telah memulakan tugasan masing-masing di kawasan berkenaan.

Penganjur BERSIH 3.0 sebelum ini memutuskan menolak tawaran DBKL untuk menggunakan Lokasi Alternatif di 3 Stadium pilihan yang diantaranya termasuklah Stadium Merdeka. Pengerusi Bersama, Datuk S.Ambiga menjelaskan, penukaran lokasi di saat-saat akhir bakal mengganggu perjalanan Perhimpunan tersebut.

1 comment:

  1. Jgn bagi muka lansung pada puak2 Bersih ni sbb depa tu BUKAN suara majoriti rakyat msia, mereka ni cuma org2 yg sengaja mencari pasal dan cuba menghuru harakan negara malaysia, ini semua drama pembangkang utk mintak simpati pd org asing terutamanya amerika & yahudi.Mereka ini adalah rakyat msia yg layak di semburkan dgn air taik jer sok, minta syabas bekalkan lori2 taik sekali, kalu masuk gak Dataran Merdeka, tolong sembur air taik tu tepat kat lubang hidung masing2

    ReplyDelete

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.