Friday 15 February 2013

Amaran Kepada Rakyat Malaysia, Jangan Main Pu***ak Soal Islam, Melayu & Raja Melayu


Baru-baru ini penulis ada memaparkan kisah seorang lelaki yang menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang. Petang semalam akhirnya lelaki tersebut yang bernama Leong Pei Koe KPT: 840718-10-5015 akhirnya dijatuhi hukuman.

Tahniah juga diucapkan kepada PDRM mahupun KDN serta pihak berkuasa yang terlibat yang pantas bertindak dan membuat keputusan yang cepat kali ini agar kejadian seperti isu Namawee mahupun isu lemparkan kepala babi di surau suatu masa dahulu tidak berlarutan dan mengundang kemarahan orang ramai terutamanya Orang Melayu Islam.



Lelaki ini telah dituduh di Mahkamah Majistret Balik Pulau pada 13/2/13 pada jam 5pm di bawah dua (2) pertuduhan mengikut Seksyen 294(a)KK. Pertuduhan pertama(1) iaitu menunjukkan isyarat lucah kepada kenderaan rasmi SPB Raja Permaisuri Agung yang sedang berlalu manakala pertuduhan kedua (2) menunjukkan isyarat lucah kepada ASP Mohd Fakhrudin Bin Abd Hamid (pengadu). OKT telah mengaku salah terhadap kedua-dua pertuduhan.

Baca lagi di sini

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.