Perasmian BL1M oleh PM |
Wow! Lebih 50,000 orang muda membanjiri Himpunan Orang Muda Kedah di Alor Setar semalam. Sambutan ini jelas menunjukkan bahawa orang muda Kedah sentiasa bersama PM, YAB DS Najib Tun Razak dan ini menggambarkan bahawa mereka memilih Barisan Nasional (BN) untuk PRU13 akan datang serta menukar terus kerajaan Kedah yang sedia ada.
Pada himpunan ini, para belia turut mengambil kesempatan untuk mendapatkan BL1M (Bantuan Lesen 1Malaysia) yang digerakkan oleh SHEB (salah satu Biro Pemuda UMNO Msia) untuk membantu golongan belia 17-40 tahun khususnya bagi mendapatkan lesen motosikal B2.
BL1M ini telah dirasmikan oleh PM sendiri pada petang tersebut dan telah mendapat sambutan yang begitu hangat daripada rakyat Kedah. Boleh dikatakan orang ramai datang dari seluruh pelusuk daerah Negeri Kedah hadir bagi mendapatkan BL1M dan bertemu dengan PM.
Klik sini http://pemudaumno-putrajaya.blogspot.com/2013/02/bl1m-bantu-orang-muda-di-kedah-dapatkan.html
No comments:
Post a Comment
Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.
Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.