Saturday 2 February 2013

PR mula gentar dengan aura PM - Cuba lagakan Tun M dengan @NajibRazak

 

Walaupun puak pembangkang berterusan menghentam mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad (Tun M) namun, mereka tidak dapat menafikan yang ‘aura’ beliau begitu kuat dan masih menghantui mereka, dan juga musuh-musuhnya. 
Biarpun beliau sudah bersara dan hanya menjadi pemerhati kepada perjalanan politik negara sambil sekali sekala memberi pandangan dan pendapat, namun pandangan beliau tetap dianggap sebagai pemantauan dan pendapat beliau dituduh sebagai arahan. 
Tun Mahathir adalah seorang yang berterus-terang dan rasanya tiada seorang pun yang mengenalinya secara langsung atau sekadar melalui media, yang dapat menafikannya.  Apabila beliau merasakan masa sudah tiba bagi Tun Abdullah berundur, beliau menyatakannya tanpa selindung-selindung.   Ini kerana beliau yang kita kenali, tidak terikat kepada budaya Melayu iaitu ‘pukul anak sindir menantu’ kerana beliau percaya kepada pentingnya berkata benar biarpun pahit. 
Menyedari ‘aura’ Tun M mampu mempengaruhi perjalanan politik Malaysia, maka pembangkang cuba menukar ‘aura’ itu agar memberi keuntungan kepada mereka.   Oleh itu, dalam pada mereka meneruskan kutukan dan cacian terhadap Tun M, mereka cuba membayangkan yang Tun M turut bersetuju dengan mereka berkenaan ‘kelemahan’ kerajaan BN dan Perdana Menteri.  Harapan mereka agar aura Tun M akan dapat mempengaruhi rakyat untuk turut melihat kelemahan kerajaan BN.  
 

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.