Monday, 4 February 2013

Beriya-Iya Pula Orang PAS Nyambut Chinese New Year #1Malaysia #TolakPR


Belum pun sedekad sebenarnya, PAS tidak tahu apa-apa tentang Tahun Baru Cina. Malah PAS pernah mengeluarkan cakap, kononnya sesiapa sahaja dari kalangan umat Islam terutama sekali orang Melayu yang meraikan atau terlibat dalam sambutan Tahun Baru Cina, mereka terkeluar dari kalangan orang Islam.

Tentunya ramai yang masih ingat bagaimana beria-ia sungguh puak PAS memperlecehkan sambutan berkembar Aidilfitri-Tahun Baru Cina dan Aidil Fitri-Deepavali sehinggakan hampir terbalik bumi dibuatnya tidak lama dulu.

Tetapi itu dululah... Sebelum PAS diberikan hidayah dan petunjuk. Sebelum PAS merasai manisnya berTAHALLUF SIYASI dan mengena erti hidup bermasyarakat dalam suasana yang mempunyai kepelbagaian.

Sekarang, PAS dah terlebih-lebih pula berbanding golongan yang dikutuknya dulu. Kalau dahulu, upacara YEE SANG akan dipertikaikan kononnya pemimpin UMNO makan benda syubhah, sekarang pemimpin PAS lagi cepat YEE SANG dan TERANGSANGnya berbanding pemimpin UMNO.

Baru beberapa hari lepas, puak PAS mengutuk PM sebab kata mereka PM pakai baju Cina mati berwarna merah tapi nampaknya, mereka terlepas pandang. Wakil-wakil mereka juga pakai baju warna merah yang sangat sinonim dengan Tahun Baru Cina.

Agak-agaknya kalau ditanya kepada mereka tentang hal tersebut, adakah mereka akan memberi dalih TAHALLUF SIYASI atau seperti suatu masa dahulu, cepat-cepat mereka akan katakan itu adalah TASYABBUH.

Sumber : Flying Kick

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.