Thursday, 14 February 2013

DAPig Meroyan Tengok Sambutan #CNY Di Pulau Pinang #UndiBN



"Gong Xi Fat Chai, Happy Chinese New Year, Selamat Tahun Baru Cina" buat seluruh warga Malaysia dan khususnya buat warga Pulau Pinang. Lawatan PM ke Pulau Pinang kelmarin sempena Chinese New Year memang berbaloi-baloiapabila puluhan ribu rakyat lebih ramai hadir untuk menyambut PM daripada Ketua Menteri Lim Guan Eng.

PM melahirkan rasa gembira dan bertuah kerana menerima sambutan meriah daripada lebih 80,000 pengunjung sempena majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran Barisan Nasional (BN) negeri di padang Kolej Han Chiang di George Town.



Ketika berucap pada majlis itu, beliau berkata kegembiraannya ialah kerana ini adalah buat pertama kalinya beliau dapat menyambut perayaan Tahun Baru Cina bersama-sama dengan penduduk di Pulau Pinang.
"Terima kasih kepada warga Pulau Pinang kerana telah menyambut kedatangan saya dan isteri serta keluarga saya dengan begitu meriah sekali. 

"Saya rasa bertuah dan amat gembira kerana pada tahun ini saya dapat lakukan sesuatu yang belum pernah saya lakukan iaitu untuk menyambut Hari Raya Cina dengan warga Pulau Pinang," katanya dalam ucapan ringkas pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina hari ini.

Yang turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dan barisan pemimpin BN. 

Najib turut menyeru masyarakat setempat agar saling hormat menghormati kebudayaan setiap kaum di Malaysia bagi mengukuhkan perpaduan untuk masa depan yang lebih harmoni.
 
"Rakyat Pulau Pinang mahu rumah yang lebih baik dan rumah mampu milik dan kerajaan akan menunaikannya...percaya pada janji ditepati," katanya. 

Dalam ucapannya Najib juga mengumumkan untuk menaiktaraf Kolej Han Chiang menjadi Kolej Universiti yang memberi pengkhususan dalam bidang pengajian komunikasi massa.

Baca lagi di sini.

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.