Monday, 15 December 2014
POLITIK "TERJUN BOTOL"
Presiden PKR, Datin Seri Dr Azizah Wan Ismail mengatakan bahawa pelbagai dakwaan yang dibuat oleh Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin terhadap beberapa perkara “sumbang” dalam parti itu sebagai isu “peribadi”.
Ini bermakna tuduhan Badrul atau Chegu Bard bahawa ada penyokong Timbalan Presiden, Azmin Ali, cuba mensabotaj pencalonan Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor dengan menarik balik sokongan bulat PKR , adalah tidak benar dan tidak berasas.
Jika demikian bererti Badrul tidak bercakap benar apabila mendedahkan perkara itu kononnya mahu membela maruah Wan Azizah daripada dikhianati “orang-orang Azmin”.
Sekaligus ini menegaskan bahawa Wan Azizah akur tiada komplot untuk mengaibkannya dan apabila beliau menegaskan bahawa itu adalah “isu peribadi Badrul” ia membayangkan ada niat serong Badrul terhadap Azmin pula.
Sudah tentu bagi parti yang menghadapi soal kewibawaan kerana gagal mempamerkan pengurusan demokrasi yang baik seperti dapat dilihat dalam proses pemilihan pimpinannya yang baru lalu, sikap “basuh tangan” presiden apabila menghadapi politik “kurang beretika” dalam parti itu, agak mengecewakan.
Pendirian presiden parti seperti Wan Azizah itu bolehlah dianggap tidak tegas malah boleh menjadi katalis untuk pelbagai lagi amalan politik kurang beradab seperti “mengadu-domba” pemimpin ini berleluasa.
Dalam kes Badrul, politik “terjun botol” ini seharusnya menggusarkan pimpinan parti sejak lama dahulu. Dalam istilah kontemporari, beliau “bermulut laser” dan tidak gentar menggunakan kata-kata pedas dan mengguris hati terhadap lawan politik luar mahupun dalam parti.
Jika PKR mendakap prinsip politik memperjuangkan keadilan hakiki maka perkara pertama yang harus dipastikan ialah keadilan untuk setiap dan seluruh ahli serta pemimpinnya daripada menjadi mangsa sikap politik “fitnah” begini.
Sesungguhnya PKR seharusnya tahu membezakan apa dan di mana batas kebebasan bersuara dengan fitnah. Lebih-lebih lagi jika diteliti jalur pemikiran politik PKR ialah sentiasa meletakkan diri sebagai sasaran fitnah pihak lawan, terutama dalam isu moral Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Soal sikap politik pelik Badrul ini bukan baharu. Dalam tempoh pemilihan pemimpin dari Mac hingga Ogos tahun ini pelbagai tuduhan dibuatnya yang boleh “mencederakan” imej PKR. Yang nyatanya pusar serangan politiknya ialah Azmin Ali.
Memang benar tindakan ke atas Badrul sudah diambil dan kini keahliannya digantung kerana melanggar disiplin pemilihan parti. Bagaimanapun itu tidak melelahkan pemimpin Solidariti anak Muda Malaysia (yang tidak lagi begitu muda) itu daripada terus menunjukkan sikap yang kurang menghormati prinsip keadilan.
Soalnya, apakah PKR perlukan seorang soldadu politik yang mengamalkan “politik kiasu” begini? Adakah PKR masih lagi berada di takuk politik lama di mana ia amat perlukan orang seperti Badrul untuk “menggemparkan” masyarakat dengan pelbagai tuduhan “liar dan nekad” untuk memancing perhatian rakyat?
Apakah selepas 15 tahun memimpin parti yang mengisytiharkan diri mahu memastikan keadilan bagi setiap insan berwarganegara Malaysia, PKR masih perlukan taktik politik yang cuba “mengenyit mata naluri politik rakyat” sahaja?
Tidakkah sudah tiba masanya PKR yang meletakkan diri sebagai teraju perjuangan keadilan dan demokrasi berhenti menggunakan strategi “membuat gempar” seperti kebanyakan artis hiburan demi menarik perhatian rakyat.
Gelagat politik sebegini mesti dihentikan dahulu jika PKR jujur dengan slogannya “Rakyat Hakim Negara”. Sudah tentu sebagai hakim, rakyat perlukan sebuah parti yang digerakkan oleh orang-orang yang jujur tidak cuba “mencuri kepercayaan” melalui taktik sensasi dan kiasu begini.
Lebih buruk lagi kedudukan PKR ini jika perhatikan satu lagi “gempaq politik” yang cuba dijaja oleh Badrul. Beliau mendakwa Azmin juga terbabit dalam proses melucutkan penghormatan “Datuk Seri” yang pernah dikurniakan oleh Sultan Selangor lebih sedekad lalu kepada Anwar Ibrahim.
Memang benar pelucutan itu tidak menjejaskan imej anwar. Malah ia mungkin memenangi simpati awam terhadapnya. Namun adakah tuduhan itu adil kepada Anwar, Azmin dan PKR sendiri?
Atau, adakah atas nama strategi mahu memenangi lebih banyak simpati bagi Anwar dan PKR sendiri maka ia bersikap “seolah-olah tidak ambil hirau” politik Badrul itu?
Mungkin Badrul menggunakan strategi Goebbels, pakar strategi propaganda perang dunia kedua Jerman yang mengatakan bahawa sesuatu kepalsuan jika terus diulang, akhirnya akan diterima sebagai satu kebenaran bagi memenuhi agenda peribadinya sendiri.
Namun sebagai sebuah parti politik berakhlak, PKR harus bertanggungjawab menjelaskan sama ada tuduhan itu benar atau tidak. Jika ia palsu, tidakkah PKR wajib membela dan membersihkan nama baik menteri besar dan Timbalan Presidennnya?
“Inisiatif politik” Badrul ini boleh dilihat sebagai mahu memelihara “nama baik dan maruah” Anwar yang dilihat “mempertikaikan wibawa Istana Selangor” hingga perlu “diaibkan” dengan penarikan balik darjah kebesaran negeri.
Bagaimanapun apabila Badrul “mendedahkan” bahawa Azmin terbabit dalam proses “pengaiban” Anwar itu, ia sekaligus menyerlahkan betapa bahayanya Badrul dalam politik PKR. Ia menggambarkan PKR sebagai wadah yang tidak tenteram dan gelanggang “pertikaian sesama pemimpin”.
Sebagai presiden Wan Azizah seharusnya bertindak membersihkan partinya daripada unsur negatif yang semakin menjolok mata ini. Namun ia memerlukan keikhlasan dan keberanian. Jika tidak hentikanlah kepalsuan dengan berhenti menggunakan katanama PKR sebagai parti KEADILAN.
Thursday, 4 September 2014
Niat Rogol Terbantut Selepas Ditazkirah Hukum Dosa Yang Bakal Ditanggung
Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, suspek yang berusia 20-an sebaliknya meminta maaf, selain membantu mangsa memakai semula jubah yang sebelum itu ditanggalkan.
Apa Yang Berlaku Kepada McDonalds Boleh Berlaku Juga Kepada The Star
Keadaan parah dialami oleh Mc Donalds di Kota Baharu dan Kuala Terngganu yang dulunya memungut berpuluh ribu RM sehari tetapi jualannya sekarang jatuh kepada kadar yang sangat kecil. Gambaran dapat dilihat dari luar cawangan-cawangannya ini. Di Kuala Lumpur dan di Alamanda Putrajaya hal ini amat jelas dengan restoran-restorannya kosong dan sepi kecuali hanya beberapa pelanggan bukan melayu.
Monday, 25 August 2014
Kisah Pelik Tapi Kelakar Yang Boleh Diambil Jadi Tauladan @bombaJBPM
Seorang pemuda berusia 22 tahun terpaksa menanggung azab lebih empat jam apabila cincin besi yang diletakkan pada alat sulitnya gagal ditanggalkan di rumahnya di Dewan Beta di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu mangsa terpaksa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuam Zainab II (HRPZ) di sini, untuk mengeluarkan cincin berkenaan.
Saturday, 9 August 2014
SIAPA "DAYUS" DIDALAM KEMELUT TERSELAK KAIN...........?
Yang pasti PKR tidak mungkin rela digelar parti dayus. Jika lekat persepsi itu pada perjuangannya, ia akan menjadi petanda buruk bagi parti politik berusia lima belas tahun itu.
Justeru dalam mengharungi ujian politik paling getir berhubung isu mahu menukar Menteri Besar Selangor, sudah tentu ia akan menggembleng segala kebijaksanaan dan kudrat untuk menyelesaikannya dengan tenteram.
Kekecohan pemilihan pimpinan 2014 yang dipalit dengan dakwaan campurtangan samseng, tuduhan salahguna kuasa dan ketidakadilan sudah cukup mencalar wibawa dan kemampuan pimpinan parti.
Lantas jika ditakdirkan kempen Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meraih sokongan daripada PAS untuk mengekalkan kerusi Menteri Besar Selangor berjaya, sudah tentu citra politik PKR dilihat semakin hodoh.
Ini mungkin diterjemahkan dalam bentuk undi dalam pilihan-pilihan raya akan datang kerana ia mungkin dianggap sebagai parti yang tidak wajar diberi kepercayaan memimpin; baik di peringkat negeri apatah lagi persekutuan.
PKR mula 'tembak' Khalid kiri dan kanan
Justeru PKR perlu mengambil langkah tegas dalam menangani ini. Malam Isnin lalu Majlis Pimpinannya bersidang dan memutuskan untuk keluarkan surat tunjuk sebab kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengapa beliau enggan letak jawatan.
Tempoh yang diberikan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong kepada Khalid ialah pada 4.30 petang 8 Ogos (Jumaat) ini. Jika tidak, Khalid mungkin dipecat daripada PKR!
Berikutan itu PKR mengambil tindakan lebih terbuka dan berani. Pada Isnin lalu, Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, ketika mengumumkan tarikh Kongres PKR ke 10, mengambil kesempatan menyelitkan enam dalil “dosa politik” Khalid.
Dosa-dosa kepada parti, rakyat dan kerajaan negeri itu disusun untuk menjadi bahan rujukan bagi PAS khususnya, dan DAP mengapa PKR mahu menggantikan Khalid dengan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Berikutan itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli “menghuraikan” lebih panjang lebar dosa Khalid itu di Kelang dan Pengerusi Pemilihan PKR 2014, Datuk Johari Abdul pula “membentangkan” dalil mengapa Khalid perlu dipecat di Permatang Pauh. Kempen ini dijangka menular sehingga isu ini selesai.
Khalid kini akan jadi “paria” dalam politik PKR.
Banyak pihak, termasuk dalam PKR sendiri, yang agak kaget dan kurang senang dengan serangan-serangan terbuka terhadap Khalid kerana menganggapnya kurang beradab.
“Tetapi apa pilihan yang PKR ada. Khalid secara terbuka mendabik dada enggan letak jawatan. Walhal keputusan berhubung perkara itu dibuat oleh pimpinan parti sejak 15 Januari lalu.
“Jika Khalid sendiri benar-benar beradab, beliau seharusnya akur. Ini keputusan parti. Maka tak perlu penjelasan terbuka begini dibuat,” kata seorang pemimpin PKR yang enggan namanya disiarkan.
Kedegilan Khalid memaksa PKR guna cara jijik jatuhkannya
Khalid nampaknya yang memaksa pimpinan PKR mengambil tindakan “kurang sopan” itu apabila mengacah dan mencabar pimpinan PKR bertindak ke atasnya apabila berdegil mahu terus menjadi Menteri Besar hingga pilihanraya umum ke-14 pada 2018!
Satu lagi faktor yang memaksa PKR “menelanjangkan dosa” Khalid ialah tindakannya melobi sekutu PKR dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS supaya menyokongnya kekal sebagai Menteri Besar.
Kisah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertandang ke kediaman Khalid selepas tarawih Ramadan lalu dan kemudian mengeluarkan kenyataan peribadi mahu Khalid kekal sebagai menteri besar kerana “tiada dosa politik dan tidak khianat pada amanah” yang diberikan kepadanya menjadi pendorong kepada tindak tanduk kasar PKR ini.
Apabila beberapa pemimpin PAS lain seperti Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut mengekori pandangan Hadi, PKR tersudut dan wajib membentangkan hujah mengapa Khalid perlu diganti secara bertulis.
Soal sama ada tindakan PKR itu beradab atau tidak bukan persoalan apabila Khalid sendiri secara terbuka menunjukkan penentangannya terhadap wibawa pimpinan parti secara terbuka terlebih dahulu.
PKR anggap Khalid permainkan maruah parti
Soal sama ada Khalid mungkin menyaman Saifuddin atau PKR sendiri juga bukan isunya. Bagi PKR ini soal maruah dan soal wibawa barisan pimpinannya. Jika ia tidak bersikap tegas dengan gelagat Khalid ini boleh menconteng arah pada wibawanya.
Maka PKR wajar terus menekan Khalid supaya sebelum Jumaat ini beliau perlu berundur sebagai menteri besar. Bagaimanapun jika beliau berdegil, lebih banyak “kotoran politiknya” akan tersebar.
Sudah tentu PKR tidak mahu mengalah dan tidak boleh kalah dalam perang persepsi ini. Ia adalah soal hidup matinya wibawa parti. PKR sudah menunjukkan selera menyahut cabaran Khalid.
Maka demi kesinambungan kerjaya politiknya, Khalid perlu memilih hari dan ketika lain untuk mencabar, mengaib dan menjatuhkan PKR pula.
Kini dokumen PKR berhubung dosa politik Khalid sudah di tangan PAS. Ia menceritakan bahawa Khalid juga ada “kecurangan” politik. Ahad ini ia akan memutuskan untuk mempercayai atau tidak hujah PKR itu.
Namun yang lebih penting sebelum membuat sebarang ketetapan Ahad ini PAS perlu jelas mengapa ia mahu pertahankan Khalid?
Atau, adakah PAS ia sebenarnya tidak senang siapa calon yang akan menggantikan Khalid?
Atau, PAS sendiri mahu calonnya yang mengisi kerusi yang patut dikosongkan Khalid. PAS kena sambar peluang untuk menyatakan pendiriannya dengan “sopan dan berani”.
PAS perlu setegas PKR dan jujur dalam isu ini. PKR enggan dianggap dayus. Sanggupkah PAS pula menghadapi tuduhan bahawa ia juga turut “berdosa” mencambahkan lagi krisis Menteri Besar Selangor ini?
Monday, 4 August 2014
Serius : 72 Keluarga Di Melaka Menghidapi Aids
Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar berkata daripada jumlah itu, 299 orang adalah Orang Kena Pengawasan (OKP) yang mendaftarkan diri secara sukarela dengan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Melaka.
"Mengikut rekod kira-kira 75 peratus daripadanya merupakan penagih dadah tegar manakala 15 peratus pula adalah mangsa terdiri daripada anak serta isteri yang dijangkiti melalui penagih dadah berkenaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbukanya sempena Aidifitri di sini, hari ini.
Beliau berkata angka tersebut dikhuatiri lebih berikutan bilangan sebenar pembawa virus Aids dalam kalangan penagih dadah serta anggota keluarga mereka sukar dikesan.
Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri bersama Pemadam Melaka sedang berusaha mengesan bilangan sebenar penghidap virus berkenaan untuk diberi bantuan dan sokongan.
Latipah berkata, antara usaha yang dilaksanakan termasuk pendekatan turun padang dengan memberi kesedaran kepada penagih dan bekas penagih mengawal pengambilan dadah melalui pelaksanaan rawatan methadone.
Beliau berkata Pemadam dan Agensi Antidadah Kebangsaan Melaka juga sedang mengumpul maklumat dan data sebenar penghidap HIV/Aids yang lain daripada kumpulan OKP yang berdaftar.
Katanya, sehingga hari ini sebanyak 2,992 OKP berdaftar dengan Pemadam Melaka dan kerajaan negeri sedang mengumpul maklumat mengenai anggota keluarga mereka yang berkemungkinan dijangkiti virus tersebut.
"Kerajaan negeri sentiasa bersikap terbuka menerima golongan penghidap virus tersebut dan tidak pernah menyisihkan mereka kerana sebahagian daripadanya adalah mangsa," katanya.
Sehubungan itu, katanya penghidap HIV/Aids dalam kalangan penagih dadah dan anggota keluarga mereka dinasihat menghubungi pihaknya bagi mendapatkan rawatan serta bantuan lain.
Monday, 21 July 2014
Tak Suka Duduk Malaysia, Pergi Mampuslah #1Malaysia #PrayForMH17
Itulah peribahasa yang sesuai dan tepat ditujukan kepada Tan Poh See, isteri kepada bekas 'orang kanan' Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng iaitu Ng Wei Aik.
Sunday, 20 July 2014
Perhimpunan Aman #SolidarityForMH17 Di Kedutaan Ukraine, Selasa Ini @PDRMsia
Satu perhimpunan untuk menunjukkan solidariti kepada negara dan mangsa nahas pesawat MAS MH17 yang ditembak di Ukraine 17 Julai lalu akan diadakan di Kuala Lumpur Selasa ini.
Agendadaily difahamkan perhimpunan yang akan bermula di perkarangan bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji Jalan Ampang 3.30 petang itu juga bertujuan untuk menuntut keadilan kepada mangsa tragedi tersebut.
Tuesday, 1 July 2014
Kali Ni Besi #MRT Pula Jatuh Atas Jalan Raya @NajibRazak @liowtionglai
Friday, 20 June 2014
Nelayan Disaman Anwar Ibrahim
Wan Muhammad Azri Wan Deris yang didakwa sebagai blogger PapaGomo meminta Mahkamah Tinggi membenarkan beliau membayar ganti rugi bernilai RM850,000 secara ansuran kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Monday, 2 June 2014
Nak Bersukma Ker Nak Mencuri? #SukmaPerlis
Beliau berkata, daripada jumlah itu, polis telah membuka kertas siasatan bagi tujuh laporan yang membabitkan atlet dan pegawai kontinjen.
Friday, 30 May 2014
Siti Nurhaliza Dijadikan Modal Politik Murahan Pembangkang @ctnurhaliza11 #PRKTelukIntan
Perghhhhhhh..
Wednesday, 28 May 2014
PM Singapura Saman Blogger Fitnah Rasuah #PRKTelukIntan #1Malaysia
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menolak satu tawaran pampasan `tidak munasabah' oleh seorang penulis blog yang memfitnah beliau sekali gus memberi laluan kepada kemungkinan tuntutan saman.
Tuesday, 20 May 2014
Hati-Hati Dengan Game Melayu #BonekaDAP
Ini tahun 1965. Di mana Lee Kuan Yew, pemimpin People Action Party (PAP) berkempen di kalangan orang Melayu dengan memakai songkok.
Bangsa kita terkenal dengan sifat kasihan dan mudah percaya. Apabila Kuan Yew pakai songkok, ya! Nampak tak PAP pun perjuangkan Melayu dan Islam?
Monday, 19 May 2014
HUDUD : Kini PAS mahu @dapmalaysia Berambus Dari Pakatan Rakyat #PRKTelukIntan
Friday, 9 May 2014
JAWAPAN SULTAN BRUNEI KPD MEDIA BARAT #HUDUD #ISLAMIC
Pihak barat sibuk mengecam tindakan Sultan Brunei. Mereka memboikot segala produk dan aset Brunei. Ini adalah jawapan Sultan Brunei. RINGKAS DAN PADAT.
In your countries you practice freedom of speech, freedom of press, freedom of religion, etc. It’s in your constitution It’s your political system, your national identity, your rights, your way of life.
In my country, we practice a Malay, Islamic, Monarchical system and we’re going to start practicing the laws of Islam, Sharia Law . Islam is in our constitution, our national identity, our rights, our way of life.
We may find loopholes in your laws and justice system and you may have found ours, but this is our country. Just like you practice your right to be gay, etc.
For this world you live in now, we practice our rights to be Muslims for this world and the Hereafter. This is an Islamic country practising Islamic law. Why don’t you worry about your kids being gunned down in schools, worry about your prisons being unable to accommodate convicts, worry about your high rate of crimes and DUIs, worry about your high suicide and abortion rate, worry about whatever it is that you should be worried about THERE. Many religions are against homosexuality, it’s nothing new.
The moment you hear that Islam and Muslims making a stand and trying to reaffirm their faith, you judge, you boycott, you say that it’s wrong, it’s stupid, it’s barbaric.
Again, go back to those worries that you should focus on I’ve mentioned earlier. Is it not wrong to legalize deadly weapons, is it not wrong to allow unborn babies to be killed, is it not wrong to allow a lifestyle that results in AIDS and discontinuation of the next generation?
Why do you care so much what’s happening here in an Islamic nation when you didn’t even bat an eyelid about the Syrians, Bosnians, Rohingyas, Palestinians,etc. Thousands are being killed there and you don’t care, not one is killed here under this Sharia Law, and you make a big fuss, even when the citizens here who are directly affected by it, accepts it with peace.
Punishments may be harsher but it does not mean it’s easier to be carried out. There are processes to go through before an actual conviction. We are fine with it, we are happy.
Credit to BRUNEI UNITED
Picture taken from silverheritage.blogspot.com
KELAB WARTAWAN MUDA PUTRAJAYA
Kelab Wartawan dan Karyawan Muda Putrajaya telah mengadakan perjumpaan pertamanya di Menara Seri Wilayah, Presint 2, Putrajaya pada 9 Mei 2014. Kelab ini telah ditubuhkan dan diuruskan oleh MPN Network, pemilik portal berita komuniti Putrajaya, MyPutrajayaNews.com
Kelab ini ditubuhkan bagi menyatu dan mengumpulkan golongan muda di kawasan Putrajaya disamping memberikan peluang kepada mereka untuk meneroka bakat dan membantu mengembangkan kebolehan dan kemahiran mereka dalam bidang kewartawanan.
Diantara aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan adalah bengkel penulisan dan kewartawanan, program khidmat masyarakat dan pertandingan Cabaran Wartawan Muda Putrajaya. Portal MyPutrajayaNews juga memberi peluang kepada ahli kelab untuk menulis di dalam portal mereka. Wartawan dan penulis berpengalaman juga akan dijemput untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan ahli kelab.
PERANAN MPN NETWORK
MPN Network berperanan dalam mengurus perjalanan serta kegiatan Kelab Wartawan Muda Putrajaya. MPN Network juga telah merancang dan menjalankan kegiatan untuk memberi peluang kepada golongan muda meneroka potensi diri dan menyediakan latihan untuk membina kebolehan dan kemahiran yang diperlukan kepada ahli.
#Hudud : Brunei Dikecam Dunia, Malaysia Bakal Dikecam Kaum Cina?
Beverly Hills mendesak Sultan Brunei menjual sebuah hotel di bandar yang dipenuhi selebriti di Amerika Syarikat itu selepas negara berkenaan memperkenalkan undang-undang syariah, kata pegawai semalam.
Thursday, 8 May 2014
Malaysia Kemungkinan Alami Kemarau 6 Bulan #1Malaysia
Pakar kaji cuaca tempatan belum dapat memastikan sama ada Malaysia akan terkena tempias El Nino pada kali ini, namun jika berlaku, kemungkinannya negara mengalami musim kemarau berpanjangan selama enam bulan.
Monday, 5 May 2014
@Ibdil masih tidur ke @Khairykj? @razlanrafii @tunfaisal
Sunday, 27 April 2014
HUDUD : PAS-FOBIA , ISLAM-FOBIA ATAU UMNO-FOBIA
Seseorang muslim tidak wajar dipatuk dalam satu lubang yang sama tiga kali, pesan Rasulullah s.a.w. Mesej ini adalah peringatan supaya setiap muslim sentiasa berhati-hati agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Pesanan ini bersifat umum. Ia terpakai dalam semua aspek kehidupan, terutama jika membabitkan maruah agama, bangsa dan negara. Justeru dalam berpolitik setiap pemimpin muslim harus berikhtiar untuk mencapai kesilapan sifar dalam kepimpinannya.
Peringatan ini harus dita’kuli pemimpin-pemimpin PAS. Ini kerana setiap keputusan politik yang mereka ambil akan meninggalkan kesan besar pada citra dan maruah ummah.
Soal PAS tidak mahu lekang daripada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam di negara ini bukan perkara baru. Ini termasuklah perjuangan untuk melaksanakan hukum hudud.
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria menegaskan perjuangan PAS untuk menegakkan negara Islam dengan melaksanakan syariat Islam di Malaysia sudah termaktub sejak awal penubuhannya.
Sebab itu dari masa ke masa PAS akan terus membangkitkan soal menterjemahkan cita-cita menurut skala kuasa dan kemampuan politknya.
Terbaharu, ia mahu membentangkan usul persendirian di Dewan Rakyat untuk mendapat sokongan hukum hudud boleh dilaksanakan di Kelantan.
Hasrat PAS laksana hudud berdepan jalan sukar
Bagaimanapun belum pun PAS mengorak langkah ke arah itu penentang-penentang pelaksanaan hudud sudah membuat operasi untuk menghalang cita-cita PAS itu menjadi realiti.
Parti-parti komponen bukan Islam dalam Barisan Nasional telah mengikrarkan semangat “satu hati” mereka untuk tidak mahu menyokong usul berkenaan. Perihal mengapa mereka bertindak demikian boleh difahami – mereka tidak faham Islam.
Operasi itu segera digerakkan apabila ada ahli-ahli Umno yang mula bersuara untuk menyokong usul berkenaan di Parlimen. Sesungguhnya ini satu perubahan. Mungkin kerana sering dituduh menentang hukum Islam oleh PAS, sudah mula tergerak hati Umno untuk menyokong tindakan yang mereka yakin boleh mendatangkan pahala itu.
Namun yang menyedihkan kerabat Pakatan Rakyat – DAP dan PKR – bertegas tidak mahu menyokong usul rakannya itu walaupun PAS mahu membuktikan fadhilat hukum hudud itu besar dan baik untuk Malaysia jika dilaksanakan di Kelantan, negeri pimpinan PAS.
Apakah bangkangan PKR dan DAP ini didorong oleh kebimbangan jika hudud dilaksanakan, ia akan menjadi seperti sistem perbankan Islam yang mula diterima oleh pelbagai kaum dan agama kerana ciri keadilannya?
Lantas jika hudud berkesan, apakah akan terjadi pada perundangan sivil? Jika hudud lebih berupaya mengharmonikan masyarakat berbilang kaum dan agama tidakkah nanti ia akan menarik lebih ramai untuk mendekati Islam? Jika demikian bagaimana dengan perkembangan agama-agama lain?
Tidakkah ini Islamofobia namanya?
Atau, jika rakyat Malaysia teruja dengan hudud yang ditaja PAS tidakkah ini menjadi magnet kepada PAS untuk menarik lebih ramai pengundi berbanding PKR dan DAP?
Tidakkah itu PASfobia namanya?
Bukan sekali ini PAS mendapat tentangan daripada DAP, MCA, Gerakan, MIC dan juga PKR. Yang jelas, mereka tidak beromong kosong mahu menentang. Kini ia sudah berjaya mengumpul sokongan daripada parti tidak berasas Islam dari negeri ke negeri.
Menurut Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, semua parti politik di Sabah bersetuju untuk menentang usul PAS itu. Beliau menasihatkan DAP supaya menyekat usaha hudud PAS.
Mengapa PAS tidak bertegas laksana hudud ketika berada dalam Umno?
PAS pernah bernaung di bawah payung politik Barisan Nasional demi perpaduan negara. Malangnya, ketika bekerjasama atas semangat kebangsaan itu PAS tidak pula menyuarakan hasratnya untuk melaksanakan hukum hudud.
Sebaliknya, PAS kemudian keluar dari BN kerana tidak ada persefahaman yang nyata dengan halatuju BN. Sasaran ketidak-sehaluan PAS dengan BN sebenarnya bersandar pada isu menentang Umno demi sokongan pengundi Melayu.
Bila Umno berpecah pada tahun 1987, PAS menganggapnya “jong pecah yu kenyang” dan segera menyambar peluang menghulurkan tangan kerjasama dengan kumpulan serpihan Umno melalui jenama Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah.
Natijahnya, PAS berhasil menawan Kelantan pada pilihan raya umum 1990. Namun sedihnya sehingga 2014 PAS masih belum berhasil melaksanakan hukum hudud yang didakwa menjadi matlamat perjuangannya.
Kemudian Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuka pintu politik kepada PAS untuk bekerjasama dengan DAP. Ini berjaya menafikan BN majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008.
Kejayaan ini mengkagumkan PAS yang nampak inisiatif Anwar ini sebagai jalan mencapai cita-citanya untuk membentuk negara Islam. Maka ia pun bersetuju untuk mematri hubungan lebih teguh dengan PKR dan DAP melalui dokumen Buku Jingga.
Hasrat PAS tidak mungkin terlaksana jika DAP dan PKR terus menentang
Namun itu hanya satu cara untuk memasung PAS dalam jerangkap politik supaya memadamkan impian Negara Islamnya. Negara Berkebajikan menjadi alternatifnya.
Bagaimanapun ahli-ahli PAS yang ikhlas dengan matlamat perjuangan parti berasa tiada banyak maknanya menegakkan sebuah negara berkebajikan tanpa perundangan Ilahi. Maka dengan takzim ia memohon pada PKR dan DAP untuk melaksanakan hudud di Kelantan.
Cerita selanjutnya sudah diketahui. PAS tidak boleh berbuat demikian tanpa restu DAP dan PKR. Itu hukum yang termaktub dalam perlembagaan Pakatan Rakyat berdasarkan Kitab Jingga.
Kembalilah pada al Quran dan Sunnah. Sudah berkali-kali PAS kena patukan politik DAP dan PKR. mengapa mahu laksana hukum Allah menurut kitab buatan manusia? Kenapa masih tidak serik lagi?
Sementara itu entah malu dikatakan menentang Islam atau sudah “terdidik” oleh tarbiyah PAS yang sentiasa istiqamah untuk melaksanakan hukum Islam, Umno mula menunjukkan kecenderungan mewariskan hukum hudud pada generasi muslim akan datang.
Apakah PAS pula masih dilanda virus Umno-fobia? Kini PAS dianugerahkan berada dalam keadaan paling strategik. Baik DAP dan PKR mahupun BN mahu menyuntingnya menjadi teman politik.
Namun yang pasti bersama DAP dan PKR ia haram melaksanakan hudud. Umno pula kelihatan terkapai-kapai mencari tapak untuk mengukuhkan jatidiri muslimnya. Hudud adalah satu formulanya. Sudikah PAS membimbingnya?
Thursday, 24 April 2014
Kapal Terbang Firelyz Mengalami Kegagalan Gear Mendarat
Pesawat milik Syarikat Penerbangan Firefly FY1002 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabagsa Pulau Pinang ke Kota Bharu, Kelantan pada jam 6.55 pagi terpaksa berpatah balik akibat masalah teknikal.
Pesawat itu berpatah balik pada jam 7.30 pagi selepas gear mendarat pesawat itu didapati gagal berfungsi selepas berlepas.
Wednesday, 23 April 2014
Azmin Ali sudah bosan dengan Anwar!!
Kini secara terbuka Azmin Ali mengkritik Anwar dan berkata, parti itu harus keluar daripada terus dibayangi Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang akan bertanding mempertahan jawatannya bulan hadapan menegaskan, perkara itu perlu dilakukan demi survival parti berkenaan dalam landskap politik semasa.
Menurutnya, PKR yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu perlu bergerak ke hadapan untuk menghadapi keadaan yang semakin mencabar.
PKR bukan parti Anwar dan tidak boleh terus dibayangi oleh beliau. Oleh itu, ahli- ahli mesti bergerak melebihi beliau dan untuk mencapai hasrat berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan ahli PKR negeri baru-baru ini.
Azmin berkata, bagi tujuan kesinambungan kepimpinan parti, kita harus lakukan ini untuk memastikan PKR sentiasa relevan dan tidak didominasi oleh Anwar khususnya.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak pada masa sama turut mengingatkan ahli supaya memikirkan masa depan parti bukan masa depan Anwar mahupun keluarganya.
Ditanya mengapa tidak membuat keputusan untuk bertanding merebut jawatan Presiden selepas 15 tahun membuktikan kesetiaan bersama parti, Azmin memberitahu, perkara ini masih sukar memandangkan Anwar dan keluarganya masih mendominasi parti.
Bagaimanapun ketika ditanya adakah beliau tidak selesa bekerja bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Azmin meminta media supaya tidak memaksanya mengeluarkan kenyataan tentang perkara tersebut.
Dalam masa sama, beliau mengakui pernah mengkritik Abdul Khalid demi kepentingan rakyat terutama dalam isu kenaikan gaji dan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.
Sementara itu, Azmin menjelaskan beliau tidak gentar dengan pakatan yang dibentuk oleh Nurul Izzah Anwar, Datuk Saifudin Nasution dan Rafizi Ramli dalam pemilihan PKR kali ini.
Friday, 11 April 2014
POLITIK LIMAU PURUT TIGA SERANGKAI CIPTAAN @anwaribrahim
Benarkah pertelagahan di antara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan satu-satunya Menteri Besar parti itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah meluap menjadi satu “ancaman” pula kepada kewibawaan parti itu sendiri?
Lantaran itu, wajarkah disimpulkan bahawa demi kelangsungan PKR kedua-dua pemimpin berkenaan patut digugurkan sahaja daripada saf pimpinan parti?
Sehubungan itu tidakkah terlalu awal (atau mungkin terlalu muda) bagi PKR untuk menemui jalan buntu menguruskan krisis kepimpinannya sehingga perlu memugar semula barisan pimpinan yang ada dan menggantikannya dengan kem politik baharu?
Demikianlah dilema Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baru berusia lima belas tahun. Adakah rombakan besar-besaran sebegini diperlukan demi mengelak keruntuhan semangat dan kepercayaan ahli dan penyokong terhadap wibawa kepimpinannya?
Ataukah, adakah ini satu lagi gimik politik untuk mempamerkan betapa demokratiknya dan dinamiknya PKR bagi menebus “kegawatan” yang gagal ditangani dengan berkesan oleh ikon mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim?
Muncul puak baru dalam PKR
Muncul satu pola politik alternatif dalam PKR untuk “mensucikan kembali” perjuangannya yang semakin tersasar daripada landasan perjuangannya. Ribut berebut kedudukan dan tempat sudah mewarnai citra politik PKR.
Sayangnya, kumpulan ini tidak memberi nama khas kepada kehadiran mereka dalam polemik kepemimpinan PKR. Kem Saifuddin Nasution Ismail, Rafizi Ramli, dan Nurul Izzah Anwar menawarkan diri sebagai pasukan yang akan “membersihkan parti” daripada politik kepentingan peribadi.
"Saya rasa PKR kena pergi jauh dari isu pertembungan personaliti. Sesetengah orang mungkin berselindung dalam hal ini sedangkan pada saya parti ini lebih besar dan milik rakyat. Kita perlu kembali kepada soal-soal rakyat.
"Kebelakangan ini oleh kerana ada pertembungan personaliti antara Azmin dan Khalid, pada saya ia tidak akan membantu rakyat. Walaupun saya memilih kerjasama ini bakal menongkah arus dan dimaklumkan bahawa tindakan ini seperti membunuh diri, tetapi saya rasa rakyat perlu tahu bahawa PKR kita wujud untuk bawa suara rakyat.
"Maka keseluruhan pertembungan kali ini adalah berkenaan personaliti. Orang akan memilih antara Khalid atau Azmin, namun tidak lari dari persoalan personaliti yang pada saya tidak sihat.
“Sebab itu keputusan tersebut secara politiknya nampak tegang, tapi PKR lahir yang tidak menilai peluang kita," kata salah seorang pelopor gerakan politik baru dalam PKR itu, Rafizi Ramli.
Perebutan kuasa dalam PKR mula berlaku
Penampilan pasukan ini mengabsahkan hakikat bahawa perebutan kuasa sudah menyelimuti PKR. Calon Timbalan Presiden, Khalid Ibrahim, yang berulangkali menegaskan kehadirannya dalam politik bukan untuk berebut tempat dan darjat kini kelihatan ligat melobi dan berkempen.
Di tengah-tengah hiruk pikuk Pilihanraya Kecil (PRK) Kajang, beliau yang juga pengarah PKR untuk PRK berkenaan, sempat mengundang pemimpin PKR ke kediaman rasminya bagi mengisytiharkan hasrat bertanding Timbalan Presiden PKR Mei ini.
Beliau yang lebih banyak berkubu di Selangor dalam pilihan raya umum tahun lalu, tiba-tiba menjadi ahli politik yang gesit dan mula berkempen hingga ke Sabah dengan menggilap-gilap rekod sumbangannya bernilai jutaan ringgit kepada parti.
Penyandang jawatan, Azmin Ali, juga berusaha gigih mengingatkan ahli-ahli parti beliaulah tulang belakang parti yang ditubuhkan untuk meneruskan agenda reformasi Anwar Ibrahim.
Apapun, hakikatnya ialah, Saifuddin dan juga rakan-rakannya sudah membelah perpaduan PKR dengan menawarkan pilihan ketiga selain kem Azmin dan Khalid. PKR sudah ada tiga puak.
Malah, kumpulan Saifuddin ini boleh dibaca sebagai pasukan arus perdana dalam PKR. Adalah nyata apa yang tidak disebut oleh Saifudin, Rafizi dan Nurul Izzah ialah “tauke” mereka ialah presiden parti, Wan Azizah Wan Ismail sendiri.
Puak baru muncul dapat restu Anwar Ibrahim
Kemunculan kumpulan ini sudah tentu mendapat restu Anwar Ibrahim. Kemungkinan beliau dipenjarakan jika gagal dalam rayuan kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan sudah pasti memaksanya memikirkan siapakah yang patut digandingkan dengan Wan Azizah sebagai presiden.
Soal beliau mahu meneruskan hasrat untuk menjadi Presiden PKR bagi menunaikan impian isterinya Wan Azizah untuk bersara, besar kemungkinan tidak tercapai kerana penghakiman Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu membunuh peluang cita-citanya itu.
Namun yang penting kini Anwar tentu melihat perihal Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak serasi dengan Azmin bukan rahsia lagi. Meskipun Wan Azizah sendiri lebih cenderung kepada Khalid Ibrahim sebagai Timbalan, namun Khalid sudah terlalu kerap tidak boleh “berlaga angin” dengan Anwar.
Justeru tidak hairanlah jika sebagai jalan kompromi Wan Azizah terpaksa menerima calon pilihan Anwar untuk membantunya menguruskan PKR jika Anwar dipenjarakan. Beliau ialah Saifuddin Nasution Ismail.
Adalah wajar jika disimpulkan bahawa kumpulan Saifuddin ini sebenarnya membawa obor Wan Azizah. Sementara Wan Azizah adalah proksi Anwar Ibrahim. Sasaran kumpulan ini ialah mencantas “perosak keharmonian” parti – Azmin dan Khalid.
Sebenarnya tidak banyak pembaharuan dan reformasi yang berlaku dalam PKR sendiri. Ia hanyalah ulang-tayang episod bagaimana Anwar mengasaskan PKR tidak kira sama ada dari dalam atau luar penjara.
Cuma kali ini pelaku-pelaku dalam skrip politik Anwar mungkin tidak meliputi Azmin dan Khalid seperti mana gugurnya nama Dr Chandra Muzaffar Pillai dan Ezam Mohd Nor. Ia hanya mengesahkan bahawa dalam politik tidak rakan sejati atau musuh abadi.
Wednesday, 9 April 2014
Gila !! Trend Bengkakkan Dahi Di Jepun
Mereka melihat membengkakkan dahi dan membentuk ia seperti sebiji donut adalah kecantikan diri terkini untuk dicuba.
Tuesday, 8 April 2014
APA MOTIF @AnwarIbrahim DISEBALIK #MAS #MH370
Sudah tentu banyak yang diketahui oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung misteri kehilangan pesawat MAS MH370 sejak sebulan lalu sehingga berani memberitahu media asing bahawa masih ada lagi maklumat yang disorok oleh kerajaan.
Justeru demi ketelusan, sebagai seorang pembangkang yang bertanggungjawab, sewajarnya Anwar tidak perlu gusar dan tidak perlu teragak-agak untuk menghebahkan apakah maklumat-maklumat yang diketahuinya sudah dan sedang disembunyikan pemerintah Malaysia.
Ini kerana, bukan sahaja rakyat Malaysia, malah semua warga dunia ingin tahu apakah yang sebenarnya berlaku kepada pesawat malang berkenaan. Jika tidak nanti pihak akan dituduh menyembunyikan maklumat ialah Anwar sendiri.
Jika hanya menebarkan dakwaan bahawa sepatutnya sistem radar jenis Marconi yang dibeli ketika beliau menjadi Menteri Kewangan hampir dua puluh tahun lalu itu adalah mampu mencerap dan mengesan apa terjadi pada MH370 adalah tidak memadai.
Apakah yang hendak dibidas Anwar itu ialah kegagalan sistem radar yang dia sendiri luluskan pembeliannya mencerap maklumat MH370 pada hari malang 8 Mac lalu kerana peralatan berkenaan gagal berfungsi?
Atau, adakah kegagalan Anwar mahu mengatakan bahawa ini berpunca daripada kelalaian manusia? Maka atas sebab itu, Anwar mahu meletakkan kelemahan itu bulat-bulat ke atas bahu kerajaan?
Jika demikian apakah sudah jadi dengan penyenggaraan sistem radar yang beliau sendiri luluskan pembelian dahulu? Apakah dalam kontrak jual-belinya dengan syarikat Marconi tidak ada perjanjian penyenggaraan yang perlu dibuat terhadap peralatan radar berkenaan?
Jika sebaliknya ia berpunca daripada kelalaian atau ketidakcekapan pengendali sistem radar berkenaan, adakah Anwar sebenarnya mengalamatkan kesalahan kehilangan MH130 ke atas pihak penguasa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)?
Sebagai seorang yang mendakwa pejuang kebenaran, Anwar perlu bersikap jujur. Beliau juga perlu ikhlas memberitahu umum, maklumat apakah yang cuba disorok oleh kerajaan? Oleh kerana ini membabitkan kepentingan awam, maka Anwar wajib berkongsi maklumat apa yang diketahuinya dengan rakyat.
Anwar tidak boleh bersikap “lempar batu sembunyi tangan” dengan membuat tuduhan melalui media antarabangsa tanpa menjelaskan perkara apa dan maklumat apa yang cuba disembunyikan kerajaan.
Jika Anwar jujur dan bersikap intelek, tentu beliau tahu bahawa rakyat sudah bijak menilai. Bila berlaku tragedi ini, baru rakyat Malaysia sedar bahawa negara mempunyai ramai pakar penerbangan, teknologi satelit, kajian kelautan, aeroangkasa dan sebagainya.
Lantas jika Anwar boleh membantu rakyat dengan menjuruskan tuduhannya kepada maklumat mana dan apa yang menyebabkan kehilangan MH370 yang disorokkan kerajaan, sudah rakyat boleh berikhtiar sendiri untuk menimba pengetahuan pakar-pakar pelbagai ilmu penerbangan tempatan.
Selepas itu izinkanlah rakyat sendiri memutuskan sama ada dakwaan Anwar itu berasas atau tidak. Jika terbukti ada “kecurangan” di pihak kerajaan dalam menangani misteri MH370 ini, tentu Anwar maklum rakyat mampu menghukum kerajaan yang tidak telus begini.
Setidak-tidaknya jika Anwar benar-benar ada maklumat yang hanya beliau tahu berhubung isu ini, beliau patut berkongsi dengan pihak berkuasa untuk meleraikan misteri kehilangan pesawat yang menakjubkan dunia ini.
Dengan cara itu tentu auranya akan bertambah harum di mata rakyat Malaysia dan juga warga dunia. Peluangnya untuk memenangi kepercayaan rakyat, terutama pemimpin-pemimpin PAS, untuk memimpin Malaysia tentu lebih besar lagi.
Sikap mengacah-acah media barat dengan jawatan Ketua Pembangkang Malaysia untuk membisikkan bahawa ada konspirasi di kalangan kerajaan Malaysia berhubung kehilangan MH370 tanpa bukti dan alasan yang kukuh hanya membayangkan betapa terdesak dan oportunisnya Anwar Ibrahim ini.
Pertama, ia mengisyaratkan niat dan sikap buruk Anwar untuk mempolitikkan apa jua isu untuk meraih keuntungan politik.
Kedua, Anwar bolehlah diumpamakan seorang saudagar mimpi yang cuba meramalkan keburukan orang lain tanpa hujah dan bukti yang sahih.
Ketiga, Anwar boleh dilihat sebagai seorang yang langsung tidak patriotik dengan cuba memburukkan negara sendiri demi mendapat sanjungan media barat.
Keempat, mungkinkah Anwar ada maklumat yang lengkap kerana beliau dibekalkan dengan banyak informasi dan latar belakang misteri MH370?
Jika benar demikian, siapakah individu, pertubuhan atau negara yang Anwar bekerja keras untuk memburukkan kerajaan Malaysia? Atau, dengan perkataan lain, adakah Anwar kini adalah agen pihak tertentu yang ingin merosakkan nama baik Malaysia?
Tidak mungkinkah Anwar kini adalah tali-barut pihak yang cemburu dengan kejayaan pembangunan dan suara waras Malaysia untuk dunia?
Keadaan ini justeru menjadikan sukar bagi mana-mana pihak mengelak daripada bertanya, jika Anwar ada maklumat yang cuba disorokkan oleh kerajaan, daripada siapakah maklumat itu diperolehi?
Anwar bukan tiada pilihan media yang sesuai untuk mendedahkan maklumat yang dimilikinya. Beliau ialah panglima media sosial. Beliau boleh gunakan media siber mahupun media Pakatan Rakyat sendiri.
Sejak bilakah Harakah dan Suara Keadilan atau Roket jadi penyebar maklumat yang pemalu? Sebenarnya ini adalah satu peluang keemasan untuk membuktikan betapa tidak telusnya kerajaan Barisan Nasional. Mengapa Anwar keberatan menyambar peluang ini?
Dunia pun tahu betapa Anwar ini memang rapat dengan dunia barat dan paksi kuasa barat. Sebab itu mudahnya untuk beliau dijemput menjadi pensyarah di universiti tersohor seperti John Hopkin Universiti di Amerika Syarikat.
Rekod perkhidmatan Anwar dengan kerajaan juga menunjukkan beliau selesa dengan pemimpin-pemimpin Bank Dunia seperti Camdessus hingga sanggup berbalah dengan bekas bosnya, Dr Mahathir Mohamad.
Pentagon pun memberi penghormatan permaidani merah kepada Anwar ketika beliau berkunjung ke sana. Malah hingga hari ini Anwar belum berhenti bercerita betapa canggihnya satelit Amerika Syarikat hingga beliau boleh menonton apa yang berlaku di Jalan Tuanku Abdul Rahman secara langsung di pusat perancangan pertahanan Amerika itu.
Gelagat Anwar yang suka “menangguk di air keruh” ini menimbulkan banyak persoalan mengenai kesetiaan dan kecintaannya pada negara. Malah ia mengundang banyak persoalan mengenai apa hubungan Anwar dengan kuasa-kuasa besar dunia.
Mungkin di antara yang ragu dengan pendirian politik Anwar ini ialah PAS. Adakah itu sebabnya PAS keberatan memperakukan Anwar sebagai bakal perdana menteri jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya?
Di Selangor pun PAS nampaknya bertegas tidak mahu Anwar menukar menteri besar; tidak kira itu sebahagian daripada strategi “Langkah Kajang” untuk memastikan Pakatan Rakyat berjaya menakluki Putrajaya, atau tidak.
PAS juga nampaknya tidak mahu mengambil kira sama ada yang akan menggantikan menteri besar sedia ada, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, adalah Anwar Ibrahim sendiri atau isterinya, Wan Azizah Wan Ismail. Kecurigaan PAS terhadap siapa Anwar Ibrahim masih tebal. Ambillah iktibar, Anwar.
Gila !! Budak 9 Bulan Didakwa Ugut Kerajaan Pakistan
Muhammad Musa Khan adalah salah seorang daripada lebih 30 individu berhadapan pertuduhan sama selepas satu serbuan menyasarkan pencuri gas dilakukan pihak berkuasa di bandar Lahore.
Bayi tersebut yang berada di pangkuan bapanya dilihat memegang botol susunya dan merengek sepanjang prosiding perbicaraan itu berlangsung.
Tuesday, 1 April 2014
Lelaki Habiskan RM10.8 Juta Untuk Pelacur Sahaja? #Perghhh
Seorang pekerja bank yang sudah berkahwin dan mencuri lebih 2 juta pound (RM10.8 juta) dari Barclays serta membelanjakannya untuk pelacur dipenjara selama tujuh tahun.
John Skermer, 45, membuka akaun bank palsu dengan overdraf 1 juta pound (RM5.4 juta), sebelum menyalurkan wang terbabit ke dalam akaun peribadinya.
Beliau membelanjakan hampir kesemua wang terbabit untuk melanggan pelacur, malah berhabis sebanyak 1 juta pound untuk seorang pelacur saja.
Lelaki terbabit didakwa menghabiskan masa beberapa bulan bersama wanita Thailand yang dikenali sebagai Kookai, dengan makan angin ke London dari Cheshire dan menginap di hotel mewah serta makan di restoran terkemuka.
Thursday, 27 March 2014
@Zahid_Hamidi Jangan Sembang Lebihlah. Red Bean Army Apa Cerita? #MH370 #1Malaysia #PrayForMH370 #KeepStrongMAS
Menurut Zahid, laporan sedemikian akan mempengaruhi perasaan keluarga penumpang pesawat itu terutama dari negara China sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan negara ini.
Friday, 21 March 2014
Persatuan Bomoh Malaysia Marahkan Raja Bomoh Boya #1Malaysia
Apa sudah jadi dengan 'Raja Bomoh' nie, lepas dia tunjukkan power yang tak berapa power dalam diri dia...misteri MH370 masih belum terjawab.
Inilah lumrah manusia bila kelebihan yang Allah S.W.T berikan padanya disalahgunakan. Melihat dengan cara beliau adakah korang semua berpendapat yang sama dengan GR, 'Raja Bomoh' nie ada sedikit perasaan riak dan takabur. Betul tak??
Kalau ingin mencari publisiti sekali pun, perlukah kita menunjuk-nunjuk kelebihan yang ada pada diri kita? Jika niat kita untuk memberikan pertolongan ikhlas perlukah buat perkara/perbuatan yang pelik-pelik? Akhirnya diri kita sendiri yang malu.
Jika benar seperti yang dinyakan, maka kita meminta semua pihak terutama ahli keluarga mangsa yang terlibat agar redha menerimanya.
Sekurang-kurangnya “cara”nya lebih baik dan lebih mulia dari cara Raja Bomoh di Malaysia. Dia tidak menggunakan apa-apa ritual, hanya berbekalkan solat tahajjud. Tidak menggunakan teropong dan bubu, tidak menggunakan buah kelapa, tidak juga tikar terbang pun bomoh tuh belum dapat bagitahu apa-apa hasil dari “ritual”nya itu.
Baca di bawah GR kongsikan al kisah mereka yang ingin membantu pencarian MH370 ini. Betul atau tidak sama-samalah kita berfikir logik akalnya dan berdoalah semoga MH370 ini ditemui dengan selamat semuanya.
Bogor – Sudah lebih dari seminggu sejak pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang hubungan pada Sabtu (8/3/2014) lalu. Pencarian pun terus dilakukan, namun sampai dengan saat ini belum ada titik terang dimana kedudukan pesawat yang membawa 239 penumpang dan kru pesawat itu.
Pasangan suami isteri Fajar Sahri (58) dan Winarti (52)di Bogor, Indonesia turut mengikuti perkembangan proses pencarian pesawat yang juga berpenumpang warga negara Indonesia tersebut. Keduanya, yang mengaku diberi anugerah mampu berkomunikasi dengan alam ghaib, merasa prihatin dengan musibah tersebut dan bermaksud membantu dengan cara yang mereka dapat.
“Ya kita hanya memberikan maklumat, sebagai sesama harus saling membantu. Kami tidak mengharapkan apa-apa,” ujar Fajar saat ditemui Tribun di kediamannya di Jalan Batara Nombor 93, Kampung Parikolot, Ciluar, Bogor, Ahad (16/3/2014).
Menurut Fajar maklumat yang mereka peroleh menyebutkan pesawat berada di titik berikut (Latitud Utara 7 darjah 47’47.90″ Longitud Timur 105 darjah 13’39.59″ Elev -30m. Ketinggian mata 5 m. Atau berada di sekitar selatan ibukota Vietnam, Ho Chi Minh.
Keduanya kemudian menuturkan bagaimana proses mereka mendapatkan maklumat terkait kedudukan pesawat sampai dengan titik koordinatnya. Menurut Fajar, sang isteri mengetahui lokasi pesawat setelah melakukan komunikasi dengan kru pesawat nahas tersebut.
Winarti menyatakan memang memiliki kemampuan khusus untuk berkomunikasi dengan hal-hal ghaib dan sudah beberapa kali terjadi dan terbukti.
Fajar menuturkan, pada hari Khamis (13/3/2014) siang, selesai melaksanakan solat Zuhur, Winarti memohon doa agar dapat diberi petunjuk mengenai kedudukan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370.
Tiba-tiba muncul sosok seorang lelaki dengan pakaian layaknya seorang kru pesawat datang dan berkomunikasi dengan Winarti. “Mungkin co-pilot atau siapa, yang jelas pakai seragam,” tuturnya.
Lelaki itu kemudian menuturkan kepada Winarti bagaimana pesawat tersebut tiba-tiba mati seluruh perangkatnya ketika melintas di Laut China Selatan, tepatnya sebelah selatan Vietnam.
Pesawat yang tiba-tiba kehilangan kuasa secara total itu kemudian jatuh dan tenggelam ke dasar laut, lengkap dengan para penumpang dan kru kapal di dalamnya. Jeritan teriakan takbir pun terdengar ketika pesawat mula jatuh ke laut.
“Pesawatnya utuh, tidak meledak, tidak ada serpihan apa-apa. Penumpang masih duduk di kerusi masing-masing dengan tali pinggang keselamatan terpasang,” ujar Winarti yang mengaku sempat diberi penglihatan keadaan pesawat di dasar laut.
Winarti menuturkan semua penumpang sudah dalam keadaan meninggal dunia di kerusi masing-masing, dengan tali pinggang masih terpasang. Ia mengaku ketika diberi penglihatan itu tak sanggup menahan air matanya yang tumpah melihat pemandangan memilukan tersebut, apalagi Winarti sempat melihat dua orang anak kecil di antara penumpang yang terbunuh.
Terlebih lagi si lelaki berpakaian awak kapal itu kemudian sempat menitipkan pesanan kepadanya untuk disampaikan kepada anak perempuannya yang masih kecil.
“Dia kirim salam buat anakku sambil tersenyum. Anaknya itu rambutnya keriting-keriting, anak perempuan sekitar umur 7-9 tahun,” tambahnya.
Menurut Winarti, pada saat berkomunikasi yang pertama itu, ia tidak sempat mendapatkan lokasi jatuhnya pesawat. Titik koordinat lokasi baru ia dapatkan pada Jumaat dinihari, ketika ia kembali melakukan komunikasi dengan awak kapal Malaysia Airlines itu setelah melakukan solat Tahajud.
Winarti meyatakan, komunikasi yang kedua ia lakukan bukan dengan orang yang sama ketika melakukan komunikasi pertama. Pada saat komunikasi kedua itu, lelaki berbeza yang kemudian ia tahu adalah pilot pesawat Zahari Ahmad Shah.
Dari Zahari inilah kemudian Winarti dan Fajar memperoleh koordinat yang mereka duga adalah lokasi jatuhnya pesawat nahas tersebut. Ia juga menuturkan bagaimana pesawat yang awalnya mengarah ke utara sempat berbelok ke arah barat sebelum kemudian berputar ke arah timur dan terjatuh.
“Makanya badan pesawat itu menghadap timur,” ujar Fajar.
Arah pesawat yang goyang dan kemudian terjatuh, menurut Fajar kemungkinan diakibatkan arus magnet yang kuat di dasar laut di sekitar lokasi jatuhnya pesawat. Pesawat itu kemudian tiba-tiba mati total dan jatuh tenggelam ke dalam laut.
Zahari juga mengatakan kepada Winarti bahwa dunia itu penuh keajaiban, entah apa maksudya Winarti sendiri tidak tahu.
“Ya mungkin maksudnya, apa yang tidak mungkin jadi mungkin, yang penting cari dulu. Saya juga tidak tahu artinya,” ujarnya Sempat Melapor ke Danlanud
Fajar mengaku hanya berniat membantu proses pencarian pesawat yang telah memakan waktu lebih dari seminggu itu. Ia menyebut dirinya tidak memiliki maksud apa-apa, yang terpenting baginya adalah pesawat dapat diketemukan dan keluarga korban boleh lebih lega dan ikhlas menerima kenyataan.
Untuk itu, Fajar menyebut dirinya sudah melaporkan maklumat yang ia dapat itu ke beberapa pihak yang ia anggap memiliki akses untuk menggunakan maklumat tersebut untuk menemukan pesawat tersebut.
“Saya sudah hubungi Komandan Lanud Soewondo Kolonel SM Handoko serta duta besar di Vietnam Bambang Tarsanto (Konsult Jenderal di Ho Chi Minh City) melalui sms,” katanya.
Selain itu ia juga sempat melaporkan kesebuah stesyen television swasta (TvOne) dan diberitahu akan diberi kesempatan tampil live setelah menunggu persetujuan salah seorang penanggung jawab program. Namun setelah menunggu lama, justeru yang ditunggu itu pulang dan ia tidak diberi tahu apa-apa.
Fajar mengatakan dirinya sama sekali tidak mengharapkan apa-apa, yang terpenting baginya adalah pesawat dapat segera ditemukan.
Mengenai kemampuan berkomunikasi dengan hal-hal ghaib, Fajar mengaku tidak menjalani ritual apapun, ia dan isterinya hanya diberi tanggung jawab oleh tuhan untuk bersama-sama membantu.
“Saya pernah bantu teman cari anak perempuannya yang hilang, dan hasil maklumat yang didapat itu benar. Saya dan isteri juga pernah mendapat maklumat soal kedudukan mata air di Banyuwangi, dan ternyata benar-benar terbukti,”ujarnya. -alihbahasa dari tribunnews oleh GB - Sumber
Hanya satu persoalan jika apa yang disampaikan itu benar iaitu: kuasa pesawat itu dikatakan tiba-tiba mati total! Wallahu ‘alam.
RM150 Juta Untuk Bangunkan Semula Perumahan Razak Mansion #1Malaysia
Pembangunan semula perumahan awam 1Razak Mansion di Sungai Besi di sini melibatkan 658 unit kediaman akan bermula pada April ini dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pembangunan semula melibatkan kos sebanyak RM150 juta, akan dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Syarikat Impianika Development Sdn. Bhd.
Katanya, setiap unit baharu akan mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan keluasan 800 kaki persegi (kps), berbanding unit lama yang hanya mempunyai satu dan dua bilik pada keluasan 399 kps.
Beliau berkata, anggaran nilai pasaran setiap unit baharu itu adalah sebanyak RM250,000, iaitu tiga hingga empat kali ganda lebih tinggi daripada nilai pasaran unit kediaman yang lama."Penduduk menerima unit kediaman baharu melalui konsep gantian dari unit lama kepada baharu dengan kos rendah dan ia tidak mungkin ada di mana-mana kawasan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan cabutan undi bagi unit baharu perumahan berkenaan hari ini.
Thursday, 20 March 2014
Undi PKR Bukan Untuk Parti Tapi Untuk Anwar? #puiii #1Malaysia #PRKKajang
Ishhh!! Apalah nasib rakyat Kajang andai beliau diangkat menjadi Wakil Rakyat mereka. Tolonglah jangan memperjudikan nasib rakyat semata-mata untuk kepentingan peribadi anda.
Ternyata @chewmeifun Berri Masalah Besar Kepada Calon PKR! #PRKKajang #1Malaysia
Tahniah, semakin hampir hari mengundi, rakyat Kajang mulai sedar dengan 'mainan perasaan' yang dicipta oleh Kak Wan..Kempen Datin Paduka Chew Mei Fun memang jelas untuk kesejahteraan rakyat Kajang khususnya.
Sebab apa?
Datin Paduka Chew Mei Fun hadir sebagai calon di PRK Kajang untuk menghambakan diri kepada rakyat Kajang..untuk berkhidmat dengan rakyat Kajang..
Berhenti Politikkan Isu #MH370 #PrayForMH370 #1Malaysia
Saya baru mendapat gambar diatas dari group whatsapp seorang sahabat dan actually I agree with what Dato Rahman Dahlan is saying. Pihak pembangkang hanya tahu mengkritik tanpa tahu membantu kerajaan dalam misi mencarI dan menyelamat pesawat #MH370.
Bermula dengan Wan Azizah yang menghina dan memperkecilkan usaha ATM dan negara lain, kini Lim Kit Siang pula hendak mencari isu kenapa pembangkang tidak dipanggil untuk briefing tentang #MH370.
#MH370 Boleh Terbang Rendah Tapi.. #1Malaysia #PrayForMH370
Menurut beliau, apabila pesawat dibawa kepada ketinggian yang lebih rendah akan memberi tekanan kepada enjin dan pesawat untuk kekal dengan kedudukan stabil menyebabkan penggunaan bahan api bertambah dengan mendadak.
“Sekiranya pesawat itu dari ketinggian 35,000 kaki turun kepada 5,000 kaki, penggunaan bahan api akan bertambah, kerana pesawat terpaksa kekal dalam kedudukan yang ‘stress’ dari segi keupayaan enjinnya,” katanya ketika dipetik dalam wawancara bersama Astro Awani mengulas kebolehan dan limitasi pesawat Boeing777-200 milik MAS yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Wednesday, 19 March 2014
MH370 Maybe Di Maldives?
Lagipun lapangan terbang Male, Maldives dikatakan salah satu antara lima penemuan pasukan penyiasat dan Polis Melaysia dalam sistem simulator milik juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.
Dalam satu laporan oleh akhbar harian Maldives iaitu Haveeru, penduduk setempat mendakwa pesawat itu terbang di Kuda Huvadhoo kira-kira jaml 6.15 pagi pada hari yang sama Boeing 777 200 yang membawa 239 penumpang dan kru hilang.
Menurut laporan tersebut, saksi-saksi yang melihat pesawat itu bersetuju bahawa ia membuat penerbangan dari utara sehingga ke tenggara ke arah Addu, di selatan Maldives.
Ksemua mereka memberi komen mengenai bunyi kuat dari pesawat itu apabila terbang melintasi pulau itu.
“Ada yang keluar dari rumah mereka untuk melihat apa yang menyebabkan bunyi bising yang kuat,” kata saksi..
Anggota Majlis pulau itu, Mohamed Zaheem mengatakan bahawa penduduk lain di Kuda Huvadhoo turut bercakap mengenai kejadian itu.
Haveeru turut memetik seorang pakar penerbangan tempatan, yang berkata ia mungkin pesawat MH370 yang diterbangkan sehingga ke Maldives, sambil menambah bahawa kemungkinan sebarang pesawat terbang di atas pulau itu adalah sangat rendah.
Dengan maklumat terbaru ini, usaha mencari tentu boleh ditumpukan di Maldives, kepulauan yang tidak jauh daripada Sri Lanka.
Kemungkinan dakwaan penduduk Kuda Huvadhoo di Dhaal Atoll melihat pesawat ini boleh dikaitkan dengan siasatan polis terhadap simulator milik Zaharie yang diambil pihak berkuasa dari rumahnya di Shah Alam, tiga hari lalu.
Berita Harian dalam laporannya Selasa mendedahkan landasan lapangan terbang Diego Garcia milik Amerika Syarikat antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Zaharie.
Akhbar itu memetik sumber yang berkata,penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.
Selain landasan lapangan terbang Diego Garcia, siasatan itu juga menemui landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives dan tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.
Sunday, 16 March 2014
MAMPU #WAWI4KAJANG KAWAL KEGANASAN AZMIN ALI
Sempena Pilihanraya Kecil Kajang, Malaysian Insider telah memaparkan wawancara bersama calon PKR, Dato’ Seri Wan Azizah yang bertajuk ‘Kenapa Saya Menggantikan Anwar Sekali Lagi’.
Jika wawancara itu diharapkan dapat menaikkan imej Wan Azizah serta menarik sokongan terhadapnya, maka ia pastinya gagal sekiranya pengundi dapat berfikir dengan rasional.
Ini kerana Wan Azizah telah secara jelas menyatakan yang beliau sebenarnya kurang berminat atau ‘berat’ untuk aktif berpolitik setelah menyerahkan kerusinya di Permatang Pauh kepada Anwar. Kenyataan ini jelas memperlihatkan sikap beliau sebagai seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana terus menjadi Presiden parti walaupun pada hakikatnya beliau ‘sudah tidak ada hati’.
Secara tidak langsung, Wan Azizah telah mengesahkan bahawa beliau hanyalah boneka dan tidak mempunyai fungsi apa-apa melainkan sebagai lambang penguasaan Anwar Ibrahim di dalam PKR.
Wan Azizah juga menjelaskan bahawa beliau tidak menyangka yang beliau akan dicalonkan di Kajang. Alasannya ialah beliau telah tidak terlibat dalam perbincangan memandangkan namanya disebut sebagai calon. Kedua kenyataan ini jelas tidak konsisten atau bercanggah sesama sendiri. Mana satu yang betul, iaitu beliau tidak tahu dan tidak sangka, atau beliau sebenarnya tahu?
Apapun, kenyataan ini mengesahkan bahawa Wan Azizah adalah seorang Presiden parti yang tidak tahu apa-apa sehinggakan pencalonan untuk Pilihanraya Kecil juga tidak dirujuk kepadanya dan bukanlah keputusannya.
Menurut Wan Azizah, objektif bertanding di Kajang ialah Putrajaya. Strateginya ialah untuk memperlihatkan pentadbiran yang baik di Selangor sebagai bukti kelayakan PR untuk menjadi pemerintah. Kenyataan ini memperlihatkan bahawa Wan Azizah mahupun PR langsung tidak punya apa-apa perancangan untuk Kajang. Niat parti itu mengadakan PRK hanyalah untuk berpolitik dan menawan Putrajaya dan tidak sekali-kali melibatkan kesejahteraan rakyat Kajang.
Ini dibuktikan lagi melalui kenyataan Wan Azizah seterusnya iaitu bahawa beliau percaya akan mendapat sokongan orang-orang Melayu atas dasar ‘ketidakadilan’ keputusan mahkamah terhadap suaminya.
Maka jelaslah, Wan Azizah bertanding sekadar untuk meminta rakyat menyokong suaminya dan bukannya untuk berkhidmat kepada rakyat.
Akhir sekali, Wan Azizah ditanya apakah beliau akan menjadi ‘pendamai’ antara Khalid dan Azmin? Jawapan Wan Azizah ialah beliau tidak tahu. Jawapan ini sekali gus menghancurkan terus kredibiliti beliau sebagai pemimpin.
Setiap jawapan yang diberikan oleh Wan Azizah kepada Malaysian Insider di dalam wawancara ini hanya membuktikan bahawa beliau sememangnya tidak wajar dipilih sebagai ADUN. Hakikatnya, tempat Wan Azizah adalah di rumah, sebagai seorang surirumah, sejak dari awal lagi. Beliau tidak harus menjadi Presiden PKR dan tidak harus menjadi wakil rakyat bagi mana-mana kawasan pun. Apatah lagi jika ingin menjadi Menteri Besar Selangor.
Selama ini Wan Azizah hanya mengikut sahaja arahan suaminya. Beliau meletak jawatan bila disuruh, bertanding bila disuruh dan pastinya beliau tidak pernah memberi arahan dan tidak pernah membuat keputusan dalam urusan partinya. Oleh itu, memilih Wan Azizah sebagai ADUN bukan sahaja tidak adil buat penduduk Kajang, tetapi juga untuk dirinya sendiri.
Wan Azizah tidak boleh memimpin kerana beliau sentiasa dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Persoalannya, siapakah yang akan memimpinnya sekiranya Anwar ke penjara nanti?